top of page

Rendahkan lagi harga siling minyak masak botol untuk keluarga B40

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Aug 2, 2022
  • 1 min read


Kekurangan minyak masak bersubsidi RM2.50 sepeket di pasaran memerlukan kerajaan merobah polisi untuk merendahkan lagi harga siling minyak botol.


Menurut Ketua Biro Komunikasi Wanita KEADILAN, Nurhidayah Che Rose (gambar, kanan), biar pun kerajaan telah mengurangkan harga kepada RM39 bagi botol 5 kg namun harga itu masih tinggi bagi golongan B40.


"Minyak masak botol 5 kilogram mula dijual di peringkat peruncit pada harga RM39 berbanding RM45 pada bulan Jun dengan pengurangan sebanyak 13%.


"Saya meminta harga siling ini dapat dikurangkan lagi bagi meringankan beban pembeli terutamanya isi rumah B40. Saya juga berharap agar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDHNEP) lebih peka memantau harga yang dijual di pasaran," katanya.


Selain itu, beliau juga meminta kerajaan memberi pencerahan mengenai pengumuman minyak botol 5 kilogram akan dijual pada harga di bawah RM35.


Hal itu, kerana pihak KPDHNHEP tidak pernah mengumumkan harga berkenaan.


"Menurut Annuar Musa (Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi), harga siling jualan minyak masak botol 5kg bulan ini akan ditetapkan RM 34.70 dan akan dikuatkuasakan bermula 8 Ogos.


"Namun pengumuman ini mengelirukan rakyat atau pembeli kerana pengumuman tidak sama sekali diumumkan oleh KPDNHEP.


"Dengan ini, saya memohon agar KPDHNHEP mengeluarkan atau mengumumkan harga siling minyak terkini dari pihak mereka sendiri," katanya lagi.

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page