top of page

Remehkan maruah wanita, Sanusi wajib minta maaf - Wanita KEADILAN

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 22, 2023
  • 2 min read


Menteri Besar (MB) Kedah Datuk Seri Sanusi Md Nor yang kontroversi sekali lagi dikritik keras oleh rakyat Malaysia terutamanya golongan wanita apabila tular video beliau mengetuk kepada seorang gadis dengan sehelai kertas bergulung.


Meskipun Sanusi berkata perbuatan tersebut sebagai salah satu cara 'orang Kedah bergurau' namun bagi Wanita KEADILAN Pusat perbuatan tersebut memperolok olokkan keseluruhan wanita Malaysia.


Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN Pusat, Noraini Nordin berkata, perbuatan tersebut jelas salah dari segi akhlak Islam mahu pun adab Melayu.


Katanya, jika kepala kanak kanak sekali pun tidak boleh diketuk tanpa sebab sebegitu apatah lagi wanita dewasa yang datang menemui Sanusi untuk memohon bantuan pendidikan.


"Beliau (Sanusi) melakukannya di tempat terbuka yang dilihat oleh ramai orang dan wanita muda berkenaan juga ada urusan rasmi dengannya, iaitu berkaitan permohonan bantuan untuk pembelajarannya.


"Sanusi dalam hal ini seolah-olah meremehkan maruah seorang wanita.


"Bukan saja wanita muda berkenaan tentunya terasa dimalukan diperlakukan sedemikian, bahkan keluarga dan ibu bapanya juga pasti tidak senang hati sama.


"Cuba bayangkan jika anak perempuan Sanusi sendiri diperlakukan seperti itu, apa yang beliau rasa?


"Lebih daripada itu, sebagai Menteri Besar atau ketua kerajaan negeri, perbuatan Sanusi itu amat tidak kena dan memberi gambaran sikap kepimpinannya yang kasar dalam melayani rakyat jelata, terutama kaum wanita," kata Noraini dalam kenyataan.

Noraini Nordin

Pemangku Ketua Penerangan Wanita KEADIAN itu berkata, sangat tidak wajar cara Sanusi melayan rakyat Kedah dalam urusan bukan berkaitan keluarga, tetapi urusan rasmi sebagai Menteri Besar.


Oleh itu, katanya, Wanita KEADILAN Pusat mendesak Sanusi segera memohon maaf atas kejadian yang mencalar imej wanita tersebut.


"Wanita KEADILAN menuntut Sanusi memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatan seperti itu kepada mana-mana wanita di lain masa.


"Wanita KEADILAN juga dalam hal ini mengajak semua kaum wanita di Malaysia agar bersuara membantah perbuatan Menteri Besar Kedah itu demi mempertahankan maruah wanita secara keseluruhannya.


"Jika bukan wanita membela maruah wanita, siapa lagi," kata Noraini.


Sanusi bagaimanapun hari ini mempertahankan perbuatannya. Dilapor Malaysiakini beliau berkata hanya 'lepuk' dengan kertas dan bukan dengan kayu.


Katanya, begitu cara orang kampung di Kedah melawak semasa mereka.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page