Remaja dipengaruhi game online, wujudkan Akta Psikologi
- Suara Keadilan

- Oct 20
- 3 min read

Oleh: Yuslaini Azmi
ULASAN: Kes bunuh pelajar di Bandar Utama mencetuskan pertanyaan apa sudah jadi dengan sistem pendidikan kita hari ini. Ramai juga menzahirkan tentang isu kesihatan mental yang makin mencanak naik.
Dalam era globalisasi yang menuntut dunia menggunakan teknologi untuk memudahkan urusan hidup anak-anak pula terdedah dengan unsur tidak baik hanya melalui skrin telefon atau komputer.
Salahnya dari mana? Isu ini dari awal saya pernah tekankan sistem pendidikan yang perlu dirombak kerana sudah tidak sesuai dengan peredaran masa keduanya tragedi ini boleh jadi pertama tetapi bukan terakhir kerana kita tidak tahu berapa ramai lagi anak-anak yang hidup bergelumang dengan kehidupan maya untuk melepaskan tekanan. Menurut kajian psikologi berkenaan isu ini, kesihatan mental kanak-kanak sangat dipengaruhi oleh online gaming yang mendedahkan mereka kepada unsur keganasan, kebencian dan sebagainya.
Ibu-bapa seharusnya mengambil tanggungjawab ini bukan sekadar menyediakan anak-anak mereka dengan kemudahan asas, keperluan atau kehendak mereka semata-mata. Kesihatan mental anak-anak tercetus daripada institusi kekeluargaan jika ibu-bapa banyak berinteraksi dengan anak-anak maka ia dapat memenuhi keperluan emosi anak-anak, anak-anak akan merasa wujud, didengar dan boleh berkongsi rasa proses pertumbuhan mereka ketika meningkat dewasa tetapi jika ibu-bapa jenis lepas tangan hanya membiarkan anak mereka sepanjang masa dengan gajet tanpa ada interaksi sosial maka bersedialah dengan tragedi seterusnya.
Ibu bapa tiada masa bersama anak anak
Saya sudah melihat dengan mata kepala saya sendiri bagaimana ibu-bapa yang memenuhi segala macam kehendak anak-anak tetapi tidak pernah mempunyai komunikasi dua hala yang baik bersama anak mereka oleh itu anaknya menjadi seorang pendiam, memendam rasa dan sering meluah rasa dalam aktiviti maya (online) dan ini adalah barah yang menular dalam masyarakat kita hari ini.
Tugas anak-anak jangan terus diletakkan di bahu warga pendidik semata-mata ibu-bapa juga perlu menggalas tanggungjawab mereka sebaiknya. Namun begitu tugas kerajaan menyediakan bukan sahaja kaunselor di sekolah malah sepatutnya setiap sekolah sudah ada pakar psikologi bertanggungjawab untuk akses dan monitor warga pelajar di setiap sekolah yang sehingga hari ini kita gagal untuk menyediakannya.
Gazetkan segera Akta Psikologi
Begitupun, saya juga menyeru pihak kerajaan khususnya untuk mengazetkan Akta Psikologi serta-merta dalam menangani isu kesihatan mental yang terus meningkat ini. Kita punya kesedaran tentang kesihatan mental malangnya melahirkan ramai 'pseudo-psychologist' atau 'pseudo-councillor' yang bercakap tentang isu ini.

Sedar atau tidak ini adalah salah satu penyumbang kepada menjalarnya isu ini. Ramai yang berkongsi rasa atau membuat ceramah berkenaan isu kesihatan mental tetapi berapa ramai yang benar-benar ahli dalam bidang ini?
Jika adapun kita gagal untuk ke hadapankan kerana kita tidak mempunyai satu akta khusus untuk melindungi pakar-pakar yang ada.
Kesihatan mental, Iktiraf pendapat pakar psikologi
Jika benar kita ingin ekosistem pendidikan yang selamat bermulalah dengan menyediakan ruang kepada pakar bertauliah untuk menjalankan kerja mereka bukan influencer, artis dan sebagainya yang tidak pakar dalam bidang ini. Isu kesihatan mental bukan isu baru malah ia sudah lama dibincangkan, tetapi sayangnya tiada tindak balas daripada pihak kerajaan untuk membaiki sistem yang rosak ini.
Jika pakar psikologi yang ada terpaksa mencari kerja di luar negara hanya kerana di negara sendiri tidak mengiktiraf kelayakan mereka tidak hairanlah kenapa masyarakat kita benar-benar sakit. Kita berbicara seribu kali pun tentang isu kesihatan mental jika bukan pakar yang berada dalam bidang ini tidak diletakkan untuk mengatasi isu ini maka kita hanya boleh melihat tragedi yang sama akan berulang.
Saya sekali lagi menyeru supaya Akta Psikologi digazetkan serta merta dan membuka peluang kerjaya kepada pakar yang betul untuk bekerja dalam bidang mereka bukan lagi pseudo psikologis atau pseudo-kaunselor supaya dapat menyelamatkan lebih ramai anak-anak yang terdedah dengan persekitaran tidak selamat ini.
Penulis merupana aktivis sosial dan masih meneruskan pengajian bidang Psikologi Pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia









The issue of teens being influenced by online games is important, and a psychological act could help offer better protection. Still, not all games have negative effects—some simple, stress-relieving titles like Slice Master can be healthy outlets. You can try it