top of page

Rekrut lebih 11,300 sukarelawan, tingkat kesedaran keselamatan siber - SKMM



Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berjaya merekrut dan melatih 11,335 sukarelawan sejak 2016 dalam usaha meningkatkan kesedaran berkaitan keselamatan siber dan pendidikan penggunaan Internet yang positif.


SKMM dalam kenyataan berkata melalui program Sukarelawan ICT Malaysia (MIV), pihaknya menyasarkan untuk merekrut 1,500 sukarelawan di seluruh negara.


"Bagi memastikan maklumat diterima kepada semua lapisan masyarakat mencakupi penduduk di luar bandar, para sukarelawan MIV terdiri daripada guru-guru sekolah rendah dan sekolah menengah, pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi, dan ahli komuniti setempat.


"Selain memperkasakan komuniti dengan kemahiran literasi digital, sukarelawan MIV turut menyokong pelaksanaan inisiatif keselamatan dalam talian MCMC iaitu Klik Dengan Bijak (KDB) dengan meningkatkan kesedaran serta memberi pendidikan mengenai penggunaan Internet yang positif, produktif, dan bertanggungjawab," kata SKMM dalam satu kenyataan.


Kenyataan itu berkata, antara topik KDB yang dikongsi kepada komuniti termasuklah buli siber, jenayah penipuan dalam talian, serta perlindungan kanak-kanak dalam talian.


"Inisiatif ini mendidik pengguna Internet khususnya dalam kalangan pelajar untuk melindungi diri daripada menjadi mangsa. Sesi perkongsian KDB turut melibatkan para guru dan ibu bapa supaya mereka dapat menyampaikan mesej keselamatan kepada kanak-kanak termasuk golongan kurang upaya dan mereka yang berisiko terdedah kepada ancaman dalam talian," katanya.


Jelasnya, pelaksanaan MIV memperlihatkan kerjasama SKMM dengan pelbagai agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia serta Kementerian Kesihatan Malaysia.


Inisiatif MIV turut diperluaskan di komuniti yang mempunyai Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), katanya.


"Pada tahun lalu, sebanyak 498 program MIV telah dilaksanakan di seluruh negara dengan capaian audiens lebih 2.3 juta. Sementara itu, bagi program KDB pula, 569 program dilaksanakan tahun lalu dengan capaian audiens melebihi 540,000," katanya.


Individu yang berminat untuk menjadi sukarelawan MIV boleh mendaftar di https://miv.mcmc.gov.my/en/application/registration.

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page