top of page

Rekod PM, Kerajaan Perpaduan baik, nokhtahkan perkauman di Selangor



Isu perkauman sepatutnya tidak menjadi senjata bagi pembangkang PN di Selangor apabila melihat rekod cemerlang pentadbiran Kerajaan Perpaduan dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam tempoh 7 bulan.


Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, seharusnya rakyat Selangor tidak termakan isu perkauman kerana tumpuan mereka sejak lama adalah ekonomi dan polisi kebajikan kerajaan kepada rakyat.


Oleh itu cukuplah, katanya, segelintir pengundi di Selangor atau di negeri lain terkeliru pada Pilihan Raya Umum lalu (PRU), Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini sokongan mantap seharusnya diberikan kepada Pakatan Harapan untuk mengembalikan Malaysia kepada kegemilangannya sebelum ini


"Pilihanraya lepas satu kejutan di mana PN menang besar. Arus dibina tidak lain Islam terancam dengan mengenengahkan beberapa isu seperti LGBT


"Kalau Anwar jadi PM pelajar perempuan di sekolah akan diizinkan pakai skirt, begitu juga kerjasama dengan Israel dan sebagainya memerangkap minda rakyat sehingga berlakulah keputusan Tan Sri Mahadzir kalah, Mahfuz kalah, Nurul Izzah kalah, Abdullah Sani kalah. Semua Malay Belt dikuasai oleh PN.


"Inilah kejutan yang dibuat dalam PRU lalu. Namun sekarang kita lihat bila Anwar jadi PM adakah LGBT diizinkan berleluasa? Pelajar sekolah wanita muslim diarah pakai skirt. Ada atau tidak?" kata Mohamad dalam ceramah di Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PH Selangor, malam tadi.


Walau bagaimanapun, Mohamad yakin gelombang hijau tersebut tidak akan berlangsung lama memandangkan pelbagai pembaharuan yang menyenangkan rakyat telah dilakukan oleh PM.


Katanya, dasar TVET, membantu pesawah padi menjadi antara dasar yang mengesankan dan dipuji rakyat kebelakangan ini.


"Dalam kabinet mesyuarat pertama dan kedua PM bercakap nak basmi miskin tegar. Iaitu yang ramai Melayu, Bumiputera Sabah, Sarawak dan India dalam kategori itu.


"Kemudian beliau minta syarikat Bernas RM60 juta untuk membantu penanam padi. Juga TVET, selama ini dibuat oleh kerajaan.


"Anwar minta syarikat kaya membuat TVET dan sekurang kurangnya belanja kerajaan dikurangkan kerana syarikat besar mengendalikan kursus TVET untuk kebaikan (tenaga kerja) mereka," katanya.


Di samping itu, Ahli Parlimen Kota Raja itu juga berkata Kerajaan Madani tidak berdendam terhadap musuh politik di negeri negeri yang diperintah pembangkang seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.


Ujarnya, banyak peruntukan diumumkan oleh PM termasuk peruntukan segera membaikpulih bekalan air di Kelantan berjumlah RM500 juta.


Namun beliau terkilan apabila perbuatan baik PM itu disambut dengan fitnah oleh pemimpin PN yang mengumpamakan Pulau Pinang ditadbir DAP seperti pentadbiran Israel.


"Ada kata Penang macam Israel, itu tuduhan jahat. Berapa orang Melayu Islam dibunuh di Pulau Pinang? Tetapi celupar mulut ini sentiasa memainkan isu perkauman seperti itu.


"Kita nokhtahkan isu perkauman ini. Ahli Pas yang dengar live jangan takut untuk tidak mengundi Pas pada PRN kali ini kerana fatwa politik ini berubah sentiasa


"DAP komunis, jahat. PRU 2008, 2013 tahaluf siyasi dengan DAP. Ertinya DAP baik keyika itu. Jadi akidah politik ini berubah," katanya lagi.


Oleh itu, kata Mohamad amat penting PH meneruskan kemenangan di Selangor pada PRN Ogos ini agar skim kebajikan dan polisi yang menguntungkan rakyat berkekalan.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page