top of page

'Reformis kekal berjuang lahirkan pemimpin terbaik, pro rakyat'

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 25
  • 2 min read

Otai Reformis bergambar di hadapan Restoran Amjal yang menjadi antara tempat pertemuan Reformasi 1998
Otai Reformis bergambar di hadapan Restoran Amjal yang menjadi antara tempat pertemuan Reformasi 1998

Oleh: Akmal Manaf


Pertubuhan Kebajikan Otai Reformis Malaysia (PKORM) komited untuk melihat generasi ahli politik yang menjadi Perdana Menteri (PM) pada masa akan datang 'lahir' daripada perjuangan parti KEADILAN.


Bagi Pengerusi PKORM, Mustapa Mansor Amer Mohd Isa, penubuhan KEADILAN bukan hanya untuk menjadi 'pak angguk', sebaliknya kewujudan parti itu adalah untuk memastikan agenda reformasi diteruskan dan menghasilkan ahli politik berkualiti yang boleh mentadbir negara dengan baik.


Beliau berkata demikian pada majlis sambutan Majlis Aidilfitri anjuran PKORM di Restoran Amjal, semalam yang menyaksikan kehadiran lebih 150 reformis termasuk pimpinan terawal reformasi, Saari Sungip atau nama panggilannya Pak Abu yang sejak beberapa tahun ini kurang sihat.


Mustapa Mansor memberi ucapan kepada reformis yang menjadi tetamu jamuan Aidilfitri
Mustapa Mansor memberi ucapan kepada reformis yang menjadi tetamu jamuan Aidilfitri

"Bukan sekadar itu sahaja, kita ingin pastikan reformasi digemakan. Ramai dari kita yang melalui detik-detik ketika Pak Abu menggerakkan lebih daripada 100,000 orang di Jalan Kebun (Shah Alam pada tahun 2000)," kata Mustapa.


Mengimbau kenangan itu, beliau berkata, apa yang diharapkan reformis dua dekad lalu bukan hanya Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi PM, tetapi mahu melahirkan pemimpin negara yang mempunyai pemikiran reformasi dan membawa perubahan kepada landskap politik negara.


"Alhamdulillah.. Datuk Seri Anwar telah jadi PM dan alhamdulillah juga kerana baru-baru ini dalam pemilihan parti saya lihat sudah ada perubahan.


"Nampaknya rakyat atau ahli-ahli kita telah berperanan untuk memastikan siapa paling dekat dengan rakyat.


"Nak jadi wakil rakyat, mesti kena dekat dengan rakyat. Nak jadi ketua parti, mesti dekat dengan ahli parti," ujarnya dalam ucapan tersebut.


Pertemuan dua rakan lama Otai, Pak Abu (berbaju pink) dan Lokman Adam (kanan sekali)
Pertemuan dua rakan lama Otai, Pak Abu (berbaju pink) dan Lokman Adam (kanan sekali)

Majlis semalam juga dimeriahkan dengan kehadiran Pengarah Komunikasi UMNO Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam. Lokman merupakan antara penggerak awal pemuda reformasi bersama Datuk Ezam Mohd Noor, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan lain lain.


Pertemuan di restoran Amjal itu mengamit kenangan manis kerana di situ 25 tahun lalu merupakan tempat perbincangan para reformis sebelum beraksi melakukan tunjuk perasaan di Jalan Tunku Abdul Rahman pada setiap petang Sabtu selepas Datuk Seri Anwar ditahan di penjara pada 20 September 1998.


Kebanyakan para reformis kini bergabung dalam PKORM untuk memperjuangkan ideologi Malaysia MADANI menentang pembangkang yang cuba mengheret rakyat dan negara ke kancah politik sempit adu domba dan fitnah perkauman.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page