top of page

PRN: Buka lebih ruang calon AMK bertanding - Kamil Munim

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • Jun 14
  • 1 min read

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia berharap ruang dan peluang secukupnya dibuka kepada calon-calon muda untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan yang akan berlangsung tidak lama lagi.


Ketua AMK Malaysia, Muhammad Kamil Abdul Munim (gambar) berkata, peluang wajar diberikan kepada calon daripada sayap parti itu memandangkan sebahagian besar pengundi pada kedua-dua PRN tersebut terdiri daripada golongan berusia 45 tahun ke bawah.


Beliau turut menegaskan, pemilihan calon tidak seharusnya bersandarkan faktor usia semata-mata, sebaliknya perlu memberi keutamaan kepada individu yang berkelayakan, berwibawa dan mempunyai keupayaan untuk mewakili rakyat.


"AMK telah mengenal pasti beberapa calon berpotensi dan mengemukakan senarai nama berkenaan kepada jawatankuasa pemilihan calon parti untuk pertimbangan.


"Kini hanya menunggu keputusan penilaian yang akan diumumkan dalam masa terdekat," katanya pada Sabtu.


Sementara itu, Muhammad Kamil turut memaklumkan, AMK akan menggerakkan jentera secara maksimum sepanjang kempen pilihan raya di kedua-dua negeri berkenaan bagi memastikan kemenangan calon diketengahan Pakatan Harapan.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Jumaat mengumumkan hari pengundian bagi PRN Negeri Johor ditetapkan pada 11 Julai, manakala PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos.


Bagi PRN Johor, Suruhanjaya itu menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 27 Jun dan 7 Julai.


Manakala bagi Negeri Sembilan, penamaan calon akan berlangsung pada 18 Julai dan pengundian awal pada 28 Julai 2026.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page