PM umum peruntukan baik pulih sekolah menengah di Sipitang


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan khas berjumlah RM250,000 bagi baik pulih kemudahan asas sekolah menengah di sekitar daerah Sipitang, Sabah.
Berucap merasmikan majlis pecah tanah projek Sabah Southern MADANI Link di daerah itu pada Sabtu, beliau berkata, perincian mengenai bantuan serta penyaluran dana itu akan diselaraskan pada kadar segera oleh pihak Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).
"Bagi kemudahan sekolah, saya beri RM250,000 segera kita lulus. Saya tidak mahu (projek) jadi diluluskan bulan Jun 2026 tetapi bulan Ogos 2027 baru nak buat projek, itu sikap lapuk," katanya dipetik.
Beliau turut mengarahkan wakil agensi berkaitan turun padang ke sekolah-sekolah terlibat dalam tempoh dua minggu bagi meninjau keperluan dan memproses bantuan berkenaan demi keselesaan warga pendidik serta pelajar.
Sementara itu, Perdana Menteri turut menjelaskan kestabilan politik di peringkat negeri dan pusat ialah tonggak paling utama bagi membolehkan kerajaan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada agenda membela nasib rakyat.
Justeru, beliau memohon kerjasama seluruh rakyat Sabah untuk memastikan hubungan serta jalinan kerjasama erat antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri sentiasa kekal baik demi kelangsungan pembangunan.
"Sebab itu saya fikir cukuplah kita berbalah dalam banyak isu, tapi politik negara ini harus stabil. Kalau tidak stabil, orang tidak melabur dan kita tak boleh tumpu perhatian dalam pembangunan," tambahnya.




https://cosyanna.de aside, what struck me most is the prime minister's insistence that approvals shouldn't drag from June 2026 to August 2027 — that line says a lot about how paperwork delays become the real obstacle. The two-week deadline for agencies to survey schools in Sipitang will only mean something if the findings actually reach the classroom level. I've seen schools where a leaking roof waited years for a signature, so the speed here matters more than the amount.