top of page

'Reformis jadi semak imbang, parti kekal di landasan perjuangan asal'

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 minute ago
  • 2 min read

Pengerusi PKORM, Mustapa Mansor membariskan calon MPP dan Wanita KEADILAN untuk Pemilihan 2025
Pengerusi PKORM, Mustapa Mansor membariskan calon MPP dan Wanita KEADILAN untuk Pemilihan 2025

Reformis yang bergabung dalam Pertubuhan Kebajikan Otai Reformis Malaysia (PKORM) hari ini mengumumkan calon calon di bawah pertubuhan itu yang bertanding jawatan pengurusan tinggi parti KEADILAN.


Menurut Pengerusi PKORM, Mustapa Mansor Amer Mohd Isa yang membacakan kenyataan PKORM, pertubuhan itu menghantar calon untuk bertanding anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan pimpinan Wanita KEADILAN untuk memastikan perjuangan reformasi sejak 1998 lalu kekal di landasan dan menjadi arus perdana dalam parti.


"Antara matlamat dan visi kami adalah menjadi semak dan imbang mengingatkan barisan pemimpin agar tidak tergelincir daripada matlamat perjuangan asal.


"Menjadi jambatan untuk perhubungan yang erat antara reformis pejuang Reformasi dengan akar umbi seluruh negara


"Ramai dalam kalangan Otai Reformis masih mempunyai ikatan yang kukuh dengan akar umbi, terutamanya para penyokong asal sejak era Reformasi 1998, mengeratkan hubungan antara barisan kepimpinan pusat dan penyokong tradisi, sekali gus mengukuhkan sokongan dalaman parti dengan lebih berkesan," katanya dalam sidang media di Restoran Amjal, Kuala Lumpur.


Bagi Mustafa, kehadiran Otai Reformis dalam MPP dapat bertindak sebagai mekanisme semak dan imbang terhadap polisi parti. Otai yang berpengalaman dalam mobilisasi demonstrasi, katanya, boleh memanfaatkan pengalaman tersebut untuk menggerakkan majlis atau ceramah umum serta program kemasyarakatan mendekati rakyat dengan lebih berkesan.


"Dengan penglibatan Otai Reformis dalam MPP KEADILAN mencerminkan penghargaan terhadap sejarah perjuangannya, memperkukuhkan imej sebagai parti yang tidak melupakan para pejuang asal.


"Ianya turut memberi keyakinan kepada rakyat bahawa parti ini masih bertaut pada prinsip perjuangan asal, bukan semata-mata bermatlamatkan kuasa.


"Dengan ini kami menawarkan diri sebagai calon calon dari PKORM bagi Pemilihan parti Sesi 2025/2028 ini," katanya.


Mengulas perkembangan semasa kempen yang agak panas, Mustapa berkata, pegangan PKORM adalah tidak mendedahkan masalah parti kepada umum dan tidak melakukan tohmahan dalam berkempen.


"Kalau gaduh jangan cerita dalam Facebook. Kita mesti berpendirian, dalam kita sibuk melaksanakan kempen, silakan.. untuk semangat demokrasi, tetapi jangan bawa perkara menyinggung sahabat kita dalam dan luar parti," katanya lagi.


Calon MPP bagi sesi 2025/2028 yang ditawarkan PKORM adalah Pengerusi, Mustapa Mansor Amer Mohd Isa; Timbalan Pengerusi, Datuk Dr Sangkar Rasam; Ahli Jawatankuasa, Abang Zulkifli Abang Engkeh; Pengerusi PKORM Negeri Melaka, Mohd Rafee Ibrahim; Pengerusi Negeri Pulau Pinang, Senator Amir Ghazali; Ahli Kehornat Negeri Sembilan, Yew Boon Lye; Datuk Gs Wan Ibnul Bahar.


Manakala calon Majlis Perwakilan Wanita Pusat (MPWP) ialah Ahli Jawatankuasa, Puan Junaidah Makku@Junn dan Calon Naib Ketua Wanita (NKWP) ialah Ahli jawatankuasa Negeri Sabah, Datin Rufinah Pengeran.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page