top of page

Reformasi perlu terus bernyala mengiringi PM 10



Api reformasi perlu terus menyala mengiringi perobahan yang bakal dibuat oleh Perdana Menteri (PM) ke 10, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Bagi Biro Komunikasi dan Penerangan KEADILAN Kemaman, meskipun Anwar telah diangkat sebagai PM namun rakyat perlu terus mendukung gerakan reformasi agar perubahan dapat dilaksanakan dengan lancar dan secara menyeluruh.


"KEADILAN Kemaman mengucapkan setinggi tahniah dan syukur di atas perlantikan Datuk Seri Anwar sebagai PM Malaysia ke 10


"Obor reformasi yang telah dinyalakan sejak 24 tahun dahulu telah berjaya menerangi negara kita akhirnya. Perjuangan yang penuh liku dan ranjau telah berjaya kita lalui dengan penuh kesabaran dan kebijaksanaan," kata kenyataan itu.


Menurut KEADILAN Kemaman lagi, negara perlu dipulihkan segera dan sebarang usaha oleh Datuk Seri Anwar perlu disokong sepenuhnya tanpa berbelah bahagi.


"Di sini juga KEADILAN Kemaman ingin menyatakan tekad akan terus berjuang untuk menyuburkan lagi reformasi di dalam negara kita dan akan terus mendokong usaha usaha Datuk Seri Anwar selaku Perdana Menteri bagi memacu negara.


"Kita harus memulihkan dan mengangkat negara kita sekali lagi di persada dunia," kata kenyataan itu

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page