Reformasi pendidikan bermula dari bilik darjah - Fadhlina
- Suara Keadilan

- May 16
- 1 min read

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan komitmennya untuk melaksanakan reformasi menyeluruh dalam sistem pendidikan negara, dengan memberi tumpuan kepada unit paling asas iaitu bilik darjah.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata reformasi sebenar tidak seharusnya terbatas kepada dasar dan pendekatan di peringkat makro, sebaliknya perlu menjurus kepada perkara asas yang melibatkan guru dan proses pengajaran secara langsung.
"Apabila kita membicarakan soal reformasi sekolah, tidak ada tempat lain yang lebih bermakna dan memberi kesan langsung selain daripada bilik darjah itu sendiri," katanya dipetik ketika berucap pada Majlis Anugerah Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-54 di Kuching pada Khamis.
Ahli Parlimen Nibong Tebal itu turut menjelaskan, reformasi yang diperjuangkan kementerian bermula dengan mendengar suara guru, menghargai peranan mereka serta memastikan mereka menerima sokongan yang mencukupi untuk melaksanakan tugas dengan berkesan.
"Interaksi yang berkesan di semua peringkat – dari kementerian ke sekolah – akan membawa kesan besar terhadap usaha pemerkasaan pendidikan," tambahnya.
Pada acara itu Fadhlina menyampaikan enam anugerah utama kepada guru-guru yang telah menunjukkan pencapaian luar biasa dalam kerjaya mereka.
Sambil menyifatkan penganugerahan tersebut sebagai simbol penghargaan terhadap usaha luar biasa para guru, beliau berharap ia bakal menjadi inspirasi kepada warga pendidik lain untuk terus menyumbang dan meningkatkan kualiti pendidikan negara.
"KPM merancang untuk menambah beberapa lagi kategori anugerah pada masa akan datang, bagi menghargai sumbangan besar guru dalam pembangunan modal insan," katanya.









Comments