Reformasi mesti jadi budaya ekosistem pendidikan negara


Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek menyeru supaya reformasi pendidikan dilaksana secara berterusan dan dijadikan sebagai budaya dalam ekosistem pendidikan negara.
Menurutnya, usaha pembaharuan tidak seharusnya bergantung kepada individu yang menjadi menteri atau menerajui kementerian sebaliknya perlu mesti digarap secara konsisten agar membawa manfaat besar.
"Dalam kita bercakap tentang reformasi pendidikan, inisiatif dirancang mesti diterjemahkan secara praktikal pada peringkat akar umbi dan tidak hanya terhenti di atas kertas.
"Hubungan antara guru dan murid, keputusan yang dibuat oleh pemimpin di sekolah merupakan usaha memastikan tiada anak yang tercicir daripada peluang pendidikan ini," katanya dipetik laporan media.
Fadhlina berkata begitu ketika pelancarkan program NYALA 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Rabu.
Anugerah NYALA bertemakan Kisah Reformasi Pendidikan dilancarkan sebagai wadah menggalakkan pembentukan budaya baharu yang perlu diterapkan dalam institusi pendidikan.
Ia sebagai penghargaan terhadap sumbangan dan pencapaian warga serta institusi pendidikan yang menyerlahkan kecemerlangan dalam bidang masing-masing.
Sementara itu dalam ucapannya Fadhlina turut menegaskan, reformasi tidak boleh bergantung kepada siapa yang menjadi menteri, sebaliknya perlu menjadi budaya dan seluruh ekosistem pendidikan negara.
Ia juga mesti perlu memberi impak langsung kepada murid, termasuk aspek keselamatan, kaedah pembelajaran dan pembentukan moral, tanpa mengira sekolah di bandar atau luar bandar.




Comments