top of page

Reformasi menyeluruh tingkat martabat perkhidmatan awam - PM



Oleh: Helmi Mohd Foad


Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu reformasi menyeluruh dilaksanakan dalam perkhidmatan awam bagi mengembalikan kekuatannya yang diabaikan akibat campur tangan politik sebelum ini.


Perdana Menteri (PM) berkata pentadbirannya bertekad untuk mengembalikan kegemilangan dan kekuatan perkhidmatan awam dengan menggilap dan memperkukuh aspek integriti, kemahiran dan keterampilan sektor itu.


"Suatu ketika dahulu, barisan pimpinan penjawat awam diberi kepercayaan mengemudi tugasan utama termasuk projek-projek raksasa, ekonomi dan seumpamanya.


"Namun dampak campur tangan politik yang melampau dan keterlaluan dalam urusan pentadbiran dan dasar awam telah meminggirkan penjawat awam dan memusatkan perhatian kepada konsultan luar dengan kos jutaan ringgit," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.


Beliau mengulas tentang kehadirannya pada Majlis Malam Sumbangan Kasih bersama Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik (Alumni PTD) semalam bersama-sama Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.


Perdana Menteri menegaskan tekad Kerajaan MADANI adalah untuk mengangkat semula darjat dan martabat penjawat awam menerusi reformasi dan anjakan paradigma yang menuntut dukungan penuh daripada segenap lapisan perkhidmatan awam.


Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata reformasi tersebut bermula menerusi kajian menyeluruh sistem perkhidmatan awam yang diabaikan akibat sepak terajang politik tanpa kesudahan sejak beberapa tahun kebelakangan.


Jelas beliau kajian tersebut tidak sekadar tertumpu pada soal gaji, elaun dan saraan penjawat awam malah turut melibatkan penambahbaikan keupayaan, mutu, profesionalisme serta integriti penjawat awam.


"Pastinya hasrat ini hanya mampu terlaksana dengan kestabilan dan tekad politik yang jitu. Saya turut nyatakan harapan semoga usaha ini dapat menyingkirkan kelemahan dalam perkhidmatan awam yakni tatakelola yang mulai luntur, rasuah menular menjadi sistemik," katanya.


Terdahulu dalam ucapannya pada majlis itu, Perdana Menteri mengumumkan peruntukan berjumlah RM500,000 kepada Yayasan Alumni PTD sebagai menghargai pengorbanan dan khidmat bakti kumpulan PTD utamanya yang sudah bersara.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page