top of page

Reformasi institusi perkukuhkan Mahkamah Syariah


Oleh: Helmi Mohd Foad


Wanita KEADILAN mendukung usaha melaksanakan reformasi institusi yang melalui pelbagai fasa sebelum ini, antaranya memartabatkan Mahkamah Syariah dengan memperkukuh bidang kuasa dan pembaharuan reformasi tata cara sivil dan jenayah syariah.


Ketuanya Fadhlina Sidek berkata komitmen tersebut turut melibatkan menambah baik dan perluasan hukuman di Mahkamah Syariah bagi memastikan keadilan untuk pihak berkaitan dan syariat Islam terus diperkasakan.


Selain itu, beliau berkata, usaha juga perlu dilakukan bagi memperluaskan akses pendidikan serta meningkatkan kualiti pendidikan negara menerusi pemerkasaan Bahasa Melayu dan memperkukuh Bahasa Inggeris serta kemahiran pendidikan TVET.


"Memperkukuh sistem dan akses kesihatan untuk golongan rentan serta kesihatan mental serta saringan kesihatan khusus untuk wanita," katanya ketika berucap pada Kongres Nasional Tahunan Wanita Keadilan ke-17 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya hari ini.


Fadhlina juga Menteri Pendidikan berkata kerajaan juga perlu menggubal polisi Negara Tua dan advokasi hak asasi golongan warga emas serta memperluas bidang pekerja sosial dan pekerja komuniti demi meningkatkan tenaga buruh khususnya dalam sektor “care economy”.


"Menjamin perlindungan, pembelaan undang-undang, advokasi dan hak ke atas mangsa/saksi rentan (wanita dan kanak-kanak) di dalam kes keganasan seksual dalam konteks “court support”semasa prosiding mahkamah berlangsung," ujarnya.


Terdahulu beliau menegaskan penting untuk wanita KEADILAN agar terus konsisten memperjuangkan hak wanita dalam isu keganasan rumahtangga, perlindungan kanak-kanak dan kewarganegaraan anak yang ibunya adalah warganegara Malaysia.


Jelasnya, advokasi berkaitan gangguan seksual dan pemberdayaan wanita dalam pembinaan negara masih menjadi keutamaan.


Di hujung ucapannya Fadhlina turut menyentuh soal keganasan Israel membantai pembantaian umat di Palestin khususnya keganasan terhadap kanak-kanak, wanita dan masyarakat awam telah dengan tegas disuarakan di semua penjuru.


Tegas beliau, pihaknya menggesa wanita KEADILAN untuk terus mendokong pendirian kerajaan yang tegas mengutuk kekejaman terhadap rakyat Palestin dan mahu dunia mengambil sikap menghentikan serangan yang tidak berperikemanusiaan ini oleh rejim Israel.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page