Reformasi institusi bukan slogan kosong - AMK Perlis


Oleh: Abdullah Zaid
Wakil Angkatan Muda (AMK) KEADILAN Perlis Ang Wei Chern optimis agenda Reformasi yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diterjemahkan sepanjang pentadbirannya menerajui negara.
Jelasnya, selain Perdana Menteri, agenda Reformasi yang itu juga perlu didukung oleh semua pihak terutamanya ahli parti.
Reformasi institusi bukan sekadar slogan kosong atau retorik politik sebaliknya ia agenda utama reformasi nasional yang diperjuangkan oleh parti kita sejak tahun 1998.
"Oleh itu, untuk membina sebuah negara progresif hasrat itu perlu disokong oleh semua pihak termasuk ahli parti," katanya dalam sesi perbahasan di Kongres Tahunan AMK, petang ini.
Justeru, katanya, bagi mengisi tekad Reformasi, wakil Perlis itu menggesa sayap jentera parti tersebut menjadi agen penyampai untuk memastikan agenda Reformasi dapat difahami oleh semua semua pihak.
"Kita perlu menyebarkan dan mempromosikan sokongan terhadap reformasi institusi kepada rakyat Malaysia terutamanya golongan muda seperti media sosial.
"Ia bagi memastikan obor perubahan dan semangat reformasi tidak hanya menerangi jalan kita, tetapi juga menjadi cahaya panduan bagi generasi akan datang," ujarnya.




Comments