top of page

Reformasi iltizam bina Malaysia yang adil, bermaruah - Anwar

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 14
  • 1 min read

DS Anwar menekankan perjuangan reformasi perlu diteruskan demi memberi pembelaan kepada rakyat
DS Anwar menekankan perjuangan reformasi perlu diteruskan demi memberi pembelaan kepada rakyat

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan bahawa perjuangan reformasi bukan sekadar slogan, sebaliknya adalah iltizam yang berpaksikan nilai keadilan, ketelusan dan kemanusiaan.


Beliau berkata demikian ketika menghadiri Program Rapat Umum 27 Tahun Reformasi Peringkat Negeri Johor yang berlangsung dalam suasana santai, harmoni dan penuh semangat perjuangan bersama kepimpinan serta anggota KEADILAN negeri dan pusat, semalam.


Menurut Anwar, perjuangan reformasi mesti diteruskan dengan penuh kebijaksanaan serta berpegang kepada prinsip yang jelas, demi merealisasikan visi membentuk sebuah negara yang inklusif, maju dan manusiawi.


"Negara yang kita impikan bukan sekadar hebat pada infrastruktur dan angka ekonomi, tetapi yang menjunjung maruah insan, membela yang tertindas, dan meraikan kepelbagaian dalam semangat perpaduan," katanya dalam muat naik di media sosial.


Tambah beliau, setiap langkah reformasi yang dipacu hari ini adalah amanah besar untuk generasi akan datang.


"Setiap langkah reformasi yang kita pacu hari ini adalah demi generasi akan datang agar mereka mewarisi sebuah Malaysia yang adil, aman dan bermaruah," tegasnya.


Program Rapat Umum itu menjadi simbol kesinambungan perjuangan reformasi yang genap 27 tahun, menzahirkan komitmen KEADILAN dalam memperjuangkan agenda rakyat tanpa mengira latar belakang.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page