top of page

Reformasi dalam kerajaan berjalan, dibuat secara tersusun - David Cheong

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 15
  • 2 min read

Kritikan kononnya reformasi telah semakin dilupakan setelah tiga tahun Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) memerintah tidak benar sama sekali.


Menurut Ahli Dewan Negeri (ADN) Kajang, David Cheong Kian Young (gambar), reformasi pentadbiran dalam Kerajaan Madani tetap berjalan dan beliau menolak dakwaan pemimpin Bersatu, Datuk Seri Saifuddin Abdullah kononnya PMX telah berbeza nada dalam hal reformasi berbanding sebelum memerintah.


"Pada saya kenyataan beliau (Saifuddin) amatlah tidak rasional dan bersifat mengelirukan dengan bertujuan menarik perhatian rakyat untuk hilang keyakinan terhadap kewibawaan PMX.


"Sebagai seorang ahli politik senior yang berpengalaman menjadi Menteri Kabinet dalam berberapa kerajaan terdahulu, seharusnya beliau lebih memahami organisasi dan asas pembentukan kerajaan. Jika beliau benar berilmu dan jujur maka tidak mungkin beliau mempertikaikan kenyataan yang dikeluarkan oleh PMX.


"Kenyataan PMX yang bersifat mengekal dan memperkukuhkan Kerajaan Madani demi kepentingan negara telah diputarbelitkan sebagai kebimbangan akan tumbang sekiranya reformasi dilaksanakan.


"Kenyataan PMX “Reformasi bukanlah satu larian pecut, tetapi satu proses yang tersusun dan dilakukan secara berhati hati” merujuk kepada keadaan semasa yang mana Kerajaan dibentuk dari pelbagai latar belakang parti dan ada di antaranya satu masa dahulu tidak pernah sehaluan, namun berganding bahu menjunjung titah perintah Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk Kerajaan Madani," kata David Cheong dalam kenyataan di Facebook.


Bagi beliau kekeliruan Saifuddin itu mungkin kerana beliau telah terlalu lama bergelumang dengan parti pembangkang menjadikannya kurang peka memahami situasi.


Padahal, kata David Cheong, terdapat banyak reformsi yang sedang berjalan terutama dalam hal meminda undang undang untuk menjadikannya lebih relevan dengan situasi semasa dan menguntungkan rakyat.


"Suka saya merujuk kepada kenyataan Menteri Undang-undang berkenaan pindaan yang telah dilaksanakan. Menurut beliau Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 telah dilaksanakan dan lebih daripada 30 pindaan undang-undang telah dilakukan sejak tahun 2023.


"Sebanyak 72 rang undang-undang telah diluluskan dan lapan lagi sedang diproses. Saya sangat setuju bahawa ini membuktikan agenda reformasi MADANI sedang berjalan dan terus maju ke hadapan


"Adakah Saifuddin tidak pernah terlibat sebagai seorang pembuat dasar? Jika pernah maka tiba masa untuk beliau menilai semula kebijaksanaan yang beliau miliki. Ini baru satu contoh, dan saya yakin sekiranya di semak secara terperinci hampir keseluruhan kementerian telah melalui proses reformasi berbanding pada ketika di bawah kerajaan terdahulu," katanya.


Sehubungan itu, David Cheong menasihatkan Saifuddin agar menyemak dan mendapatkan fakta yang benar sebelum membuat kenyataan supaya tidak mengelirukan fikiran rakyat.


Katanya, lebih baik Saifuddin dengan posisinya sekarang bertindak sebagai pembangkang yang melaksanakan tugas semak imbang ke atas kerajaan secara adil.

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page