top of page

Reformasi 27 tahun: 'Sosial media lapangan tempur baharu Sahabat Reformasi'

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 28
  • 2 min read

DS Shamsul mahu reformis menjadi Sahabat Reformasi melawan fitnah ke atas Kerajaan Madani
DS Shamsul mahu reformis menjadi Sahabat Reformasi melawan fitnah ke atas Kerajaan Madani

Melepasi 27 tahun reformasi, reformis dan penyokong KEADILAN seharusnya sedar medan utama perjuangan bukan lagi di jalan raya tetapi media sosial yang dicemari propaganda pembangkang, yang sering mengelirukan rakyat dengan pelbagai dakyah dan fitnah.


Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Melaka, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, reformis dan penyokong KEADILAN wajib menjawab segala serangan pembangkang itu dengan menyalurkan maklumat tepat kepada rakyat sebagaimana pada 1998 mereka menjawab segala fitnah mengaibkan Anwar dan keluarganya.


"Kita tengok bila kita jadi kerajaan, pendekatan pembangkang adalah melakukan fitnah, melakukan pendekatan mis-information, dis-information, membuat penipuan demi penipuan dan menggunakan sosial media sebagai saluran melakukan penyelewengan dari segi fakta dan menipu.

Generasi muda penerus Reformasi
Generasi muda penerus Reformasi

"Sebab itulah kita mesti kerja dengan lebih keras menjawab serangan tersebut dengan menjadikan medan sosial sebagai medan pertempuran yang baru dan akan datang dengan pendekatan AI dan sebagainya


"Sebab itulah saya nak mengajak rakan rakan semua dengan semangat reformasi ini, kita nak jadikan diri kita sebagai The Friends of Reforms, Kawan Reformasi atau sahabat lakukan perubahan," katanya dalam "Rapat Umum 27 tahun Reformasi" anjuran MPN Melaka pada Sabtu.


Sebagai Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Shamsul mendedahkan bahawa dalam usia PM menghampiri 80 tahun, Anwar berusaha keras untuk memajukan negara dan meningkatkan taraf hidup rakyat.


Katanya, pada hari Jumaat dan Sabtu itu, PM pada paginya di putrajaya, petang di Inanam (Sabah), Maghrib di Merotai (Sabah), malam di Sandakan, pukul 9 pagi merasmikan kem maritim di Sandakan, petang mesyuarat dengan Kerajaan Negeri, dan pada petang Sabtu beliau melawat Melaka.


"Saya tak tahu dekat umur 78 tahun, bila dia rehat, bila dia tidur.


"Jadi dalam dewan ini belum ada umur 78 tahun, kita kena kerja kuat daripada dia. Sebab itu saya sangat mengharapkan semangat kasih sayang, sama berjuang dalam hala tuju jelas sebagaimana dibentang oleh Kerajan Madani... sama sama kita lakukan.


"Mudah mudahan lima penggal lagi Kerajaan Madani akan terus memimpin Malaysia ini," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page