top of page

REE: SPRM buka kertas siasatan ke atas MB

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 19, 2023
  • 1 min read


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilapor membuka kertas siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa melibatkan seorang menteri besar dalam isu perlombongan unsur nadir bumi (REE).


Menurut sumber, aktiviti perlombongan itu dipercayai dilakukan secara tidak sah sekaligus menyebabkan kerugian kepada Kerajaan Negeri.


Tambahnya, isu perlombongan haram dan kerugian hasil bumi itu telah diadukan oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Gerakan Anti-Sanusi (GAS) pada Mac lalu.


"Difahamkan daripada penduduk di kawasan Bukit Enggang Sik, Kedah bahawa kerja-kerja perlombongan haram itu telah dibuat secara besar-besaran sebelum ditumpaskan oleh pihak berkuasa.


"Pada Januari lalu, UMNO Kedah juga pernah mengesa SPRM menyiasat dan mendedahkan hasil siasatan sama ada terdapat campur tangan politik dalam isu kecurian REE yang mendatangkan kerugian besar kepada negara," kata satu sumber dipetik.


Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya dipetik laporan Berita Harian mengesahkan beberapa kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 17 (a) dan Seksyen 23 Akta SPRM 2009.


Katanya, antara yang dibuka termasuklah kertas siasatan SPRM Kedah pada Mac 2023.


Namun beliau enggan mengulas lanjut ketika ditanya adakah SPRM akan memanggil Menteri Besar terbabit dalam masa terdekat.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page