top of page

REE Kedah: SPRM tahan seorang lagi individu



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilapor menahan reman seorang pembantu kepada pemilik sebuah syarikat bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah dan salah guna kuasa dalam perlombongan unsur nadir bumi (REE) di Kedah.


Difahamkan, permohonan reman ke atas suspek lelaki berusia 50an itu dibenarkan Majistret M. Mageshwary di Mahkamah Majistret Shah Alam pada Jumaat.


Dia sebelumnya ditahan di ibu pejabat SPRM Putrajaya ketika hadir memberi keterangan.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim dipetik laporan media mengesahkan tangkapan tersebut.


"Siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 17 dan 23 Akta SPRM 2009," katanya dipetik.


Terdahulu pada Rabu SPRM menahan Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Menteri Besar (MBI) dan seorang wanita berjawatan pengarah syarikat berkait kes rasuah dan salah guna kuasa dalam sektor perlombongan.


Hasil siasatan agensi itu mengesan beberapa pembayaran disyaki membabitkan rasuah berjumlah lebih RM13 juta diberikan syarikat terbabit sebagai sogokan bagi melindungi kegiatan perlombongan haram ini dalam tempoh 2020 hingga 2023.


SPRM semalam turut mendapat kebenaran untuk menyambung reman suspek wanita terbabit hingga Ahad ini. Manakala Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Menteri Besar (MBI) dibebaskan dengan jamin SPRM selepas selesai disiasat dan dirakam keterangan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page