RCI TH: Ulama, agamawan gerakkan penerangan ke seluruh negara
- Helmi Mohd Foad

- 1 day ago
- 2 min read

Gerakan penerangan yang disertai para alim ulama akan diperluaskan ke seluruh negara bagi menerangkan mengenai pendedahan daripada Laporan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji (TH).
Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali berkata golongan agamawan akan memainkan peranan dalam membantu masyarakat memahami dapatan RCI TH di pelbagai lapangan termasuk masjid dan institusi pendidikan.
"Para alim ulama dan agamawan akan membantu masyarakat memahami dapatan RCI Tabung Haji melalui masjid, surau, sekolah, jabatan kerajaan, kolej, universiti serta ruang pendidikan masyarakat," katanya selepas Persidangan Khas Ulama dan Agamawan: Hifz al-Mal mengenai isu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH di Ampang hari ini.

Mohd Hisyammudin yang juga dikenali sebagai Syam Ghaz berkata matlamat program itu jelas iaitu fakta mesti diterangkan, amanah mesti dipertahankan dan penyelewengan terhadap harta umat tidak boleh dibiarkan berulang.
"Tabung Haji adalah amanah umat. Menjaganya adalah tanggungjawab kita bersama," katanya.
Terdahulu lebih 100 alim ulama dan agamawan dari seluruh negara berhimpun pada persidangan tersebut bagi bermuzakarah mengenai isu laporan RCI Tabung Haji serta amanah menjaga simpanan 9.7 juta pendeposit melibatkan umat Islam.
Persidangan itu digerakkan oleh Sekretariat Ulama Malaysia bersama Mursyid al-’Am Majlis Ulama Malaysia, Tuan Guru Haji Abdul Rahim Abdul Rahman.
Persidangan itu menghimpunkan agamawan selain melibatkan panel daripada pelbagai latar belakang profesional dan keilmuan termasuk akauntan bertauliah, pengulas ekonomi, pengamal undang-undang, asatizah serta ulama pondok.
Gabungan kepakaran ini membolehkan isu RCI Tabung Haji dibincangkan secara lebih menyeluruh, merangkumi aspek agama, kewangan, ekonomi, perakaunan, perundangan, tadbir urus serta amanah dalam menjaga harta umat.
Antara pengisian utama ialah sesi forum bertajuk “Merungkai RCI Tabung Haji” yang membincangkan dapatan berkaitan laporan suruhanjaya diraja itu dari sudut profesional disusuli diikuti sesi forum bertajuk RCI Tabung Haji Kebangkitan Ummah dan Ulama yang memberi tumpuan kepada peranan agamawan dan masyarakat dalam memahami serta memelihara amanah umat.
Persidangan itu menekannkan soal prinsip hifz al-mal iaitu menjaga dan melindungi harta milik umat Islam.
Dalam konteks Tabung Haji, ia membawa tanggungjawab besar kerana institusi tersebut menguruskan simpanan jutaan umat Islam untuk menunaikan ibadah haji.




It's the combination of energy, variety, and genuine interaction that sets it apart. Most streaming platforms I've been on feel either too chaotic or completely lifeless. This one had a different vibe right from the start. The layout was clean and easy to navigate, with no clutter or frustrating pop-ups. The streams were high-quality, load times were fast, and everything ran smoothly whether I was on my phone or laptop. But the real standout was the creators — each brought their own unique energy, so there was always something that fit the mood. And the community? Far more engaging than I expected. Viewers and creators connected in real time, and it made the whole experience feel alive and interactive. If…