RCI siasat kebocoran data peribadi: AMK Kemaman sambut baik



Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kemaman menyambut baik gesaan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil agar kerajaan menubuhkan Suruhajaya Siasatan Diraja (RCI) menyiasat insiden kebocoran data peribadi yang menjadi jadi sejak kebelakangan ini.


"AMK Kemaman menyambut baik gesaan Ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga Ketua Penerangan KEADILAN, Fahmi Fazil supaya kerajaan segera menubuhkan RCI untuk menyiasat kebocoran data peribadi.


"Gesaan beliau harus diambil perhatian oleh pihak kerajaan.


"Kebocoran maklumat peribadi telah menyebabkan berlakunya scammer online atau penipuan atas talian yang semakin berleluasa kini," kata AMK Kemaman dalam satu kenyataan.


Menurut Unit Penerangan AMK Cabang Kemaman itu lagi, mangsa penipuan datang daripada pelbagai lapisan masyarakat tetapi yang paling menyedihkan terdapat mangsa terdiri daripada golongan pesara, yang kehilangan wang puluhan malahan ratusan ribu wang persaraan.


"Mangsa-mangsa ini kehilangan duit persaraan mereka akibat tertipu dengan taktik licik scammers.


"Kehilangan duit persaraan merupakan satu beban yang sepatutnya tidak ditanggung oleh pesara. Sepatutnya golongan pesara dapat menikmati usia persaraan mereka. Tetapi oleh kerana para scammers ini berleluasa maka golongan pesara terpaksa bekerja semula bagi menampung kehidupan," katanya.


Tambah kenyataan tersebut, kerajaan seharusnya membela nasib pesara yang ditipu secara atas talian, bukannya mengambil sikap 'tunggu dan lihat' seperti sekarang.


"Kerajaan sepatutnya peka dengan nasib golongan yang tertipu dengan penipuan atas talian ini. Justeru siasatan menyeluruh harus dibuat mengenai kebocoran data peribadi yang membuka peluang scammers berleluasa


"Mangsa-mangsa penipuan ini juga harus diberi pembelaan sewajarnya oleh pihak berkuasa supaya mereka dapat meneruskan kehidupan di usia persaraan dengan baik," kata kenyataan itu lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER