top of page

Razman diarah fail pernyataan pembelaan kes fitnah Anwar



Mahkamah Tinggi di Taiping mengeluar perintah supaya Ketua Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria memfailkan pernyataan pembelaan berhubung saman fitnah yang dikemukakan oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.


Saman itu berhubung ucapan yang didakwa mengaitkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu membawa budaya songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).


"Yang Arif (Pesuruhjaya Kehakiman) Noor Ruwena Md Nurdin memerintahkan defendan (Razman) memfailkan (pernyataan) pembelaan selewat-lewatnya pada 31 Jan dan untuk plaintif memfailkan jawapan pembelaan selewat-lewatnya pada 20 Feb.


"Pengurusan kes seterusnya ditetapkan pada 24 Feb 2023, melalui zoom berhubung status terkini,” kata peguam Sankara Nair yang mewakili Anwar.


Pada 5 Disember lalu, Anwar memfailkan saman itu atas kapasiti peribadi dengan menamakan Razman, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Gunung Semanggol selaku defendan tunggal.


Berdasarkan pernyataan tuntutan, Anwar selaku plaintif berkata pada 6 November tahun lepas, defendan berucap mengenai perkara itu pada kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 di pasar malam Tebuk Pancur.

Menurut kertas kausa saman sivil tersebut, Anwar mendakwa ucapan itu disiarkan secara langsung melalui akaun Facebook Razman yang dikatakan mendapat lebih 94,4000 tontonan, 5,100 reaksi, 429 perkongsian, dan lebih 2,600 tanda komen setakat hari ini.


Anwar menyangkal dakwaan itu dan berkata dia memiliki imej yang sangat disanjungi di Malaysia dan dunia, serta sentiasa memperjuangkan ajaran dan nilai teras Islam.


Anwar mendakwa tuduhan itu telah menghancurkan reputasinya serta mencemarkan karakter dan nilai sosialnya dengan teruk.


Anwar juga mendakwa Razman keberatan untuk memohon maaf dan dengan sengaja tidak memadamkan penerbitan yang mengandungi dakwaan tersebut.


Justeru Presiden KEADILAN itu menuntut ganti rugi am, pampasan, teruk dan teladan, dan injunksi untuk menghalang Razman daripada terus menyebut, menulis, atau menerbitkan perkataan fitnah tersebut.


Beliau turut menuntut faedah lima peratus ke atas pampasan yang diberikan mahkamah dari tarikh penghakiman hingga tarikh penyelesaian penuh, kos atas dasar peguam cara dan anak guam serta relif lain yang difikirkan adil dan sesuai oleh mahkamah.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page