top of page

Rayuan MATTA Sabah diambil perhatian - Christina Liew

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 2, 2023
  • 1 min read


Pakej harga bagi tiga lokasi tarikan pelancong yang dijual sebelum 1 Januari lalu dikekalkan pada kadar lama, umum Datuk Christina Liew.


Christina yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah berkata keputusan itu diambil berikutan rayuan Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Sabah/Labuan berikutan pengumuman kenaikan yuran pada 26 Oktober tahun lalu.


"Pihak kementerian telah pun menghasilkan formula bagi meringankan beban yang disebabkan oleh isu kenaikan harga di beberapa lokasi tarikan di negeri ini.


"Kita telah meluluskan formula itu selepas mengadakan perjumpaan bersama Pengarah Sabah Parks, Dr Maklarin Lakim dan pasukan pengurusannya pada Isnin.


"Untuk tempahan berbayar sebelum 1 Januari 2023, kita masih akan menggunakan kadar lama. Ini kerana pakej telah pun dijual sebelum pengumuman kenaikan yuran pada 26 Oktober 2022. Bagaimanapun, semua pakej yang dijual selepas 1 Januari 2023 adalah berdasarkan kadar baharu," katanya dalam satu kenyataan media.


Tiga lokasi itu meliputi aktiviti pendakian Gunung Kinabalu; bayaran masuk ke Taman Kinabalu dan kunjungan ke Kolam Air Panas Poring yang terletak kira-kira 40 km di timur laut pusat Taman Kinabalu.


Justeru tambah Pengerusi Pakatan Harapan Sabah itu lagi, diharap keputusan itu akan membantu ejen pelancongan dan pelancongan tempatan serta pelanggan mereka.


Kadar bayaran permit bagi aktiviti pendakian Gunung Kinabalu untuk pendaki dewasa warganegara sebelum pengumuman kenaikan adalah adalah RM50, manakala sebanyak RM200 untuk pendaki dewasa bukan warganegara


Kedua-duanya meningkat sebanyak 100 peratus selepas mengumuman kenaikan tersebut.

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page