Rawatan air: Perlu teknologi baharu elak henti tugas loji rawatan



Teknologi rawatan air di Malaysia perlu ditingkatkan sesuai perubahan zaman bagi mengelakkan loji rawatan yang berusia mengalami henti tugas yang tidak perlu.


Ahli Parlimen Nurin Aina (PH - Merbok) bertanya mengenai adakah kerajaan telah memiliki teknologi baharu sebagaimana yang digunakan oleh sesetengah syarikat pembekal air terawat yang mampu merawat air keruh dengan mudah.


"Saya mengikuti jawapan YB menteri berkenaan kekeruhan air. Ini juga berlaku di Merbok (Kedah). Loji itu dari 1945, maka ia tidak mampu merawat NTU yang tinggi, sebab itu bila hujan lebat, kekeruhan sangat tinggi maka terpaksa shut down (henti tugas) loji,


"Maka pada 2019 syarikat Runhill (operator air di Johor) dia ada macam portable. Jadi YB menteri adakah (kerajaan) mempunyai teknologi yang boleh merawat air seperti teknologi Runhill itu, maknanya air sungai di hilir pun kita boleh bersihkan dan minum sebab saya rasa kalau kita tunggu peruntukan, projek baharu dan sebagainya (lewat) kerana masalah air ini saya rasa berlaku seluruh negara, terutama Sabah dan Sarawak," katanya dalam sesi perbahasan Perbekalan 2022, pagi tadi.


Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Mansor Othman menjawab kerajaan dalam proses untuk mengkaji dan mengenalpasti langkah yang lebih baik untuk rawatan air.


Di samping itu, katanya kerajaan juga sedang menjalankan kempen sungai bersih, penggunaan air pintar dan sebagainya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER