top of page

Ratusan penyokong mengarak calon, BN harap kemenangan



Oleh: Abdullah Zaid


Ratusan penyokong dan pimpinan Barisan Nasional (BN) serta Pakatan Harapan (PH) hadir pagi tadi bagi memberi sokongan kepada calon BN untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam.


Para penyokong yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum serta seluruh pimpinan turut sama-sama berarak sebelum tiba di hadapan pusat penamaan calon Dewan Orang Ramai Felda Kemasul, Pelangai.


Antara pemimpin yang hadir adalah Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Mohamad Sabu; Naib Presiden KEADILAN yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan (MPN) Pahang, Datuk Seri Amirudin Shari serta pimpinan penting lain.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRK DUN Pelangai ialah pada 7 Oktober, sementara undi awal ditetapkan pada 3 Oktober.


Seramai 16,456 pengundi layak membuang undi dalam PRK itu termasuk 36 anggota polis dan tiga Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.


Pilihan Raya Kecil DUN Pelangai diadakan susulan penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun meninggal dunia selepas terbabit dalam nahas pesawat di Elmina, Shah Alam, yang turut mengorbankan sembilan individu lain.


Kerajaan Perpaduan mencalonkan Datuk Amizar Abu Adam bakal daripada Barisan Nasional (BN) berentap dengan Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat dan calon bebas Haslihelmy DM Zulhasli.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page