top of page

Rasuah tinggi negara tidak cekap tangani Covid 19 - Lee Chean Chung



Kerajaan Perikatan Nasional (PN) harus mengkaji dapatan terbaharu kajian yang menjelaskan hubungan antara peningkatan indeks rasuah sesuatu negara dengan ketidakcekapan negara itu menangani pandemik Covid 19.


Bendahari Agung KEADILAN, Lee Chean Chung berkata, hal itu sewajarnya dijadikan agenda rasmi kerajaan berikutan kedudukan Malaysia yang merosot dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) terbaharu


"Saya berpendapat Malaysia semestinya terdedah kepada risiko (akibat peningkatan rasuah). Adakah Kerajaan PN memandang serius terhadap agenda pencegahan rasuah?


"Sejak PN memerintah, platform politik dan dasarnya tidak jelas. Sehingga hari ini, tiada pengumuman berkenaan sebarang manifesto yang mahu dibuat. Apa sebenarnya yang hendak diperjuangkan oleh mereka yang menjadi kerajaan?


"Transparency International mengeluarkan laporan menyatakan bahawa Kedudukan Indeks Persepsi Rasuah di negara kita telah jatuh 7 kedudukan daripada kedudukan ke-51 ke 57.


"Selain daripada kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang syok sendiri, tiada seorang Menteri pun yang mengeluarkan kenyataan terhadap kedudukan CPI ini atau memperbetulkan mentaliti anti-rasuah di negara kita. Adakah Perdana Menteri Muhyiddin mempunyai kemahuan untuk memerangi rasuah?


"Saya mencadangkan Kerajaan PN meneliti dengan serius 5 cadangan yang dikemukakan dalam laporan ‘Why Fighting Corruption Matters in Times of Covid 19’ dan mengumumkan kepada masyarakat caranya untuk melaksanakan agenda anti-korupsi supaya tidak mengecewakan rakyat yang sedang ikat perut dan juga pegawai barisan hadapan yang mempertaruhkan nyawa dalam memerangi wabak Covid-19 ini," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut ADUN Semambu itu lagi, korupsi biasanya menyebabkan sumber yang sepatutnya diguna dalam perawatan perubatan diselewengkan secara berterusan.


Katanya dalam pengalaman di negara lain, ketika krisis wabak dan juga krisis ekonomi melanda, kerajaan akhirnya tiada sumber yang cukup untuk mempertahankan sistem kesihatan awam negara.


"Hasil korupsi kehidupan dan maruah rakyat tidak dipedulikan dan diinjak-injak. Bayangkan negara Bangladesh yang dalam kedudukan ke-146 dalam CPI, rakyat terpaksa memberi rasuah kepada klinik untuk mendapatkan rawatan perubatan dan juga berlakunya tragedi peruntukan untuk memerangi Covid-19 lesap begitu sahaja.


"Laporan tersebut juga menyatakan dalam keadaan kecemasan memerangi wabak, negara yang korup lebih mudah untuk mengambil kesempatan dalam perolehan ubat dan juga peralatan perubatan," katanya lagi.


Menurut Chean Chung, berdasarkan laporan Pejabat Dadah dan Jenayah Pertubahan Bangsa-bangsa Bersatu (UNODC), terdapat 10-25% pembelian perubatan yang telah lesap di dalam lubang hitam korupsi.


Tinjauan di Kesatuan Eropah (EU) mendapati bahawa 28% insiden rasuah adalah berkaitan dengan perolehan sumber perubatan, dan ia tidak termasuk dengan dana merangsang ekonomi yang diperuntukkan oleh kerajaan.


Beliau berharap Malaysia tidak akan melalui mengalaman ngeri seperti negara-negara yang mempunyai rekod buruk di mana rasuah telah menjadi budaya dalam kehidupan rakyat.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page