top of page

Rasuah sukarkan usaha kerajaan benteras judi atas talian - Saifuddin



Pihak berkuasa polis perlu diberi ruang menyusun strategi bagi menjalankan siasatan berhubung kegiatan perjudian haram dalam talian dinaungi pemimpin politik.


Menteri Dalam Negeri Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, data dan maklumat tepat yang dikumpul unit risikan pihak berkuasa bukan satu maklumat yang boleh dihebahkan kepada umum.


Namun tegasnya, apa yang didedahkan di Dewan Rakyat baru-baru ini (pemimpin politik terlibat) adalah benar-benar berlaku.


"Jawapan saya di Parlimen bukan bermaksud perkara itu tidak berlaku, jawapan saya afirmatif.. ada (berlaku).


"Apa maksud naungan politik, maksudnya wujud elemen perlindungan, pengaruh dan itu beri kesan kepada polis sebagai badan penguatkuasa terbesar dalam negara, akan ada elemen rasuah dan suapan. Jadi adakah polis ada maklumat? Jawapannya ada, dalam radar.


"Sebab itu mengumpul data yang tepat membolehkan kita membuat tindakan bersasar dan itu bukan satu maklumat yang kita boleh hebah secara umum, ia akan menjejaskan kerja dilakukan polis yang ada unit risikan," katanya dipetik laporan media.


Saifuddin sewaktu sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Khamis mengesahkan wujud elemen naungan politik ke atas aktiviti perjudian haram itu.


Ketika menjawab soalan Datuk R Ramanan (PH-Sungai Buloh) beliau berkata sogokan diberikan sindiket yang mengaut keuntungan sekitar RM200 juta seminggu itu kepada 'tuan politik yang melindunginya' agar tindakan tidak diambil.


Elemen berkenaan jelasnya telah menjadi kekangan terbesar kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PRDM) sedang dalam usaha membanteras kegiatan itu.


Sementara itu tegas Saifuddin, KDN bersama polis kini sedang menyemak jika wujud kelulusan baharu lesen perjudian yang membabitkan orang politik tertentu.

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page