top of page

Rasuah pilihan raya: Semua pihak perlu bersikap jujur



Rasuah pada pilihanraya sebagaimana timbul pada hari ini tidak sewajarnya berlaku dalam proses pilihanraya di Malaysia.


Bagi Yang di-Pertua (Speaker) Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul, seharusnya pihak pihak yang bertanding bersikap jujur dalam mendapatkan sokongan rakyat agar kemenangan dalam sesuatu pilihanraya tidak dipertikaikan.


"Apabila elemen memberi rasuah kepada pengundi itu terpalit maka akan ada unsur tuduh menuduh, tidak percaya antara satu sama lain. Akan ada unsur curiga mencurigai. Sebab itu kita ada undang undang.


"Undang undang dilahirkan di parlimen untuk memastikan setiap pemain mengikut undang undang ditetapkan dengan harapan permainan yang dimain itu menjadi cantik dan setiap orang puas hati


"Jadi saya sebagai Spekaer, saya hanya (diibaratkan) pengadil. Sebagai pengadil saya meminta sebelum permainan dimulakan supaya undang undang itu dipatuhi," katanya.


Beliau kesal kerana terdapat petisyen piliharaya dilakukan selepas Pilihan Raya Umum ke 15 lalu kerana beberapa pihak yang tidak berpuas hati mendakwa telah berlaku rasuah untuk mendapatkan undi dan sebagainya.


Justeru, beliau mahu supaya undang undang seperti Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 diikuti kerana akta tersebut dibuat oleh semua pemain atau Ahli Parlimen, sama ada kerajaan atau pembangkang.


"Untuk itu kita kena menghormati keputusan yang kita buat bersama, iaitu elemen rasuah itu tidak wujud dalam permainan ini.


"Apa bentuk sekali pun selagi ianya ditakrif sebagai suapan, habuan, mendorong seseorang itu mendapat sokongan ditakrifkan sebagai satu rasuah.


"Jadi (sebarang kes) terpulang kepada mahkamah untuk memutuskannya," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page