Rasuah perkhidmatan kesihatan: Dedahkan pihak disiasat - Anthony Loke



Kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki semalam mengenai unsur rasuah membabitkan pembelian dalam sektor perkhidmatan kesihatan ketika negara dilanda wabak Covid-19 amat mengejutkan rakyat Malaysia.


Bagi Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook, perolehan perkhidmatan perubatan, penyalahgunaan kuasa dalam mengagihkan bantuan serta pakej ransangan tidak sepatutnya berlaku ketika nyawa rakyat sedang dipertaruhkan kerana diancam wabak.


"Seluruh rakyat Malaysia saya percaya berasa amat kecewa dan marah dengan pendedahan kes rasuah ini.


"Apa sudah jadi dengan nilai integriti dalam masyarakat kita sehingga ada orang yang sanggup mengambil kesempatan daripada satu malapetaka yang mengorbankan begitu banyak nyawa dan mengancam kehidupan semua rakyat Malaysia?


"Rakyat tidak boleh mengambil sikap tidak endah kepada masalah rasuah yang begitu teruk ini dan mesti tegas menuntut tindakan tegas diambil terhadap perasuah-perasuah yang tidak berperikemanusiaan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Bagaimanapun menurut Loke, untuk lebih telus SPRM perlulah memaklumkan kes tersebut dengan lebih banyak maklumat kepada rakyat.


Katanya, rakyat mahu tahu jabatan kerajaan mana yang terlibat, sama ada kes membabitkan peringkat Menteri, Timbalan Menteri dan nilai rasuah serta penyelewengan yang berlaku.


"Orang ramai berhak mengetahui lebih lanjut berkenaan kes-kes rasuah tersebut tanpa menjejaskan proses siasatan SPRM.


"Sekiranya identiti seorang Hakim Mahkamah Tinggi yang sedang disiasat oleh SPRM boleh didedahkan secara terbuka, saya yakin SPRM boleh mengambil tindakan yang sama dalam kes rasuah yang melibatkan kepentingan orang ramai seperti ini," katanya lagi.


Selain itu, Loke turut menyeru Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk memanggil Ketua Pesuruhjaya SPRM tampil memberi keterangan dan maklumat kepada PAC, yang bertanggungjawab untuk memastikan setiap perbelanjaan kerajaan diurus dengan baik dan sempurna.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER