top of page

'Rasuah berjuta tidak mengapa, lencana Jalur Gemilang 75 sen jadi bahan'

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 23
  • 1 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Sikap netizen dan penyokong pembangkang yang mempersoalkan kononnya 'pembaziran' dilakukan Kerajaan Madani dalam mencetak lencana Jalur Gemilang untuk diberi kepada pelajar sekolah sempena bulan kemerdekaan dipertikaikan seorang aktivis politik.


Menurut Atiqah Syairah Shaharuddin, pihak yang memperbesarkan kerajaan berbelanja RM8.4 juta untuk membekalkan dua keping pin Jalur Gemilang kepada 5.4 juta pelajar atau bersamaan 75 sen bagi sekeping pin bagi menaikkan semangat patriotik dianggap membazir adalah melampau.


Sedangkan, katanya, pemimpin sebuah parti pembangkang baru baru ini dikompaun RM4.1 juta atas 12 pertuduhan rasuah disenyapkan begitu sahaja oleh netizen.


''Benar, dana awam wajib dipersoalkan. Silakan siasat kalau ada ketirisan. Tapi pelik bila isu berjuta seorang pemimpin, tidak sepenting isu RM0.75 (lencana) seorang murid.


''Ini bukan lagi kebebasan bersuara, tapi kebebasan selektif.. pilih isu ikut selera.


''Rasuah adalah musuh nombor satu negara. Setiap gejala sosial ini harus diperangi habis-habisan,'' katanya dalam satu kenyataan.


Buat netizen yang suka menghentam kerajaan, beliau tertanya tanya mengapakah dalam kes yang membabitkan pembangkang mereka tidak lantang bersuara, sedangkan hal itu terang terangan adalah jenayah.


"Kalau kita boleh bersuara tentang 75 sen, kenapa kita senyap bila seorang pemimpin kena denda RM4.1 juta?


"Besar harapan saya agar SPRM tidak membebaskan kes ini dan mereka yang bersalah dihadapkan ke muka pengadilan," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page