top of page

Rasmi: BN Menang bergaya PRK Nenggiri

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Aug 17, 2024
  • 1 min read

ree

Calon Kerajaan Perpaduan dari Barisan Nasional, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie malam ini diisytiharkan secara rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya menang di Pilihan Raya Kecil DUN Nenggiri.


Awie diumumkan memperolehi 9,091 undi. Sementara pencabarnya calon PN, Mohd Rizwadi Ismail hanya mendapat 5,739 undi.


BN juga mengungguli 17 daripada 20 daerah mengundi. BN meraih 61.3% bahagian undi, meningkat daripada 46.7% yang diperolehi mereka dalam Pilihan Raya Negeri pada Ogos tahun lalu.


Jumlah peratusan keluar mengundi tinggi sebanyak 73.9%.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page