top of page

Rasionalisasi subsidi: Pengguna kaya bayar penuh, B40 dapat rebat



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan rasionalisasi subsidi dengan mengekalkan polisi golongan T20 perlu membayar harga sebenar elektrik.


Sementara itu, katanya, golongan kurang berkemampuan akan diberi rebat bayaran elektrik.


"Pendekatan bersasar ini telah dapat menjimatkan lebih RM4.6 bilion daripada unjuran subsidi elektrik RM20 bilion. Namun, Kerajaan masih menanggung subsidi elektrik RM16 bilion untuk tahun 2023 khususnya bagi pengguna di rumah serta Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).


"Kerajaan bersetuju untuk meneruskan pemberian rebat bil elektrik sehingga RM40 sebulan kepada isi rumah miskin tegar dengan peruntukan RM55 juta. Selain itu, Kerajaan juga bersetuju mengecualikan bayaran deposit akaun bil elektrik atas nama sendiri," katanya.


Manakala bagi diesel pula, kerajaan akan mengamalkan rasionalisasi dengan memberi subsidi kepada syarikat pengangkutan dan sebagainya, tetapi pengguna lain pelu membayar harga yang lebih tinggi.


"Bahan api diesel berdepan isu ketirisan yang serius. Harga diesel bersubsidi semasa ditetapkan pada RM2.15 berbanding harga pasaran RM3.75 seliter. Ini bermakna, Kerajaan menanggung RM1.60 bagi setiap liter diesel atau sekitar RM1.5 bilion keseluruhannya.


"Menurut data penggunaan, jualan diesel bersubsidi meningkat sehingga 40 peratus sejak 2019 sedangkan jumlah kenderaan menggunakan diesel hanya meningkat kurang 3 peratus. Ini bermakna, wujud kemungkinan aktiviti penyeludupan yang serius akibat harga diesel Malaysia yang terlalu murah.


"Bagi mengelakkan ketirisan dan penyeludupan, Kerajaan berhasrat untuk merasionalisasikan subsidi diesel secara berfasa.

Secara konsepnya, harga diesel bersubsidi akan terus dinikmati oleh pengguna terpilih seperti syarikat pengangkutan barangan. Sementara pengguna lain akan dikenakan harga yang lebih tinggi," katanya lagi.


* Foto kredit: Selangorkini

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page