Semangat pengorbanan yang dibawa oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail sehingga lahirnya sambutan Hari Raya Aidiladha perlu dijadikan sebagai pedoman kepada umat Islam bagi menelusuri erti sebenar sebuah pengorbanan.
Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar berkata Aidiladha bukanlah sekadar sambutan hari raya, sebaliknya merupakan peluang untuk merapatkan hubungan antara satu sama lain serta menaikkan semula semangat pengorbanan dalam diri masing-masing.
"Moga AidilAdha yang disambut dengan norma baharu ini dapat merapatkan ukhwah, semangat pengorbanan yang jitu serta memberi makna dan manifestasi penerusan perjuangan bagi warga Permatang Pauh," katanya menerusi akaun Facebook rasmi miliknya.
Izzah juga berharap umat Islam di Malaysia tidak lupa dengan tanggungjawab penjarakan sosial sepanjang menyambut Hari Raya Aidiladha.
"Jangan lupa untuk terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
"Mudah-mudahan hari raya korban tahun ini disambut dalam keadaan aman, sempurna dan penuh kegembiraan," katanya.
Comments