top of page

Rapatkan saf perjuangan, erat silaturahim di Aidilfitri

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 3, 2022
  • 1 min read

ree

Hari Lebaran 2022 dengan suasana sambutan kembali normal selepas 2 tahun Perintah Kawalan Pergerakan merupakan peluang untuk mengeratkan kembali tali silaturahim.


Menurut calon Naib Presiden KEADILAN, Mustaffa Kamil Ayub, Aidilfitri kali ini juga perlu digunakan untuk merapatkan saf dalam organisasi.


"Tahun ini kita dapat pulang ke kampung setelah dua tahun kita mengalami PKP, PKPD.


"Dalam masa sama kita kena mengurangkan perbelanjaan kita, rapatkan saf perjuangan dan silaturahim dan ini kena ada dalam perayaan Aidilfitri kita.


"Saya dan keluarga mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri," kata pemimpin berasal dari Perak itu dalam perutusan hari raya, semalam.


ree

Dalam pada itu, seorang lagi calon naib presiden yang berasal dari Perak, Manivanan Gowin turut mengucapkan selamat hari raya dengan serangkap pantun.


"Pelita indah lagi berseri,

Hendak dinyalakan di tepi perigi,

Ucapan dikirim pengganti diri,

Tanda ingatan di Aidilfitri.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.


"Maaf Zahir dan Batin tulus ikhlas dari saya, Manivanan Gowin," kata Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia itu.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page