top of page

Rapatkan saf, kukuhkan jentera parti - Syed Ibrahim

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
May 30, 2022
1 min read


Pasca Pemilihan KEADILAN 2022 anggota parti diseru untuk merapatkan semula saf bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 yang sangat mencabar.


Hal itu ditegaskan dalam ucapan penghargaan Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh selepas disenaraikan sebagai pemenang Ketua Cabang Ledang.


"Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh anggota KEADILAN Ledang yang memberi kepercayaan kepada saya untuk menerajui cabang bagi penggal 2022-2025.


"InshaAllah, mari kita semua rapatkan saf dan mengukuh jentera parti bagi mempertahankan kemenangan Ledang pada PRU15. Tidak lupa juga untuk membawa perubahan dalam masyarakat," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page