top of page

Rapat Mega KEADILAN 2022: Medan pertemuan pemimpin dan rakyat



Rapat Mega KEADILAN 2022 malam ini di Parlimen Gombak akan menjadi medan pertemuan pemimpin dan rakyat setelah 2 tahun negara berada di dalam Perintah Kawalan Pergerakan yang tidak memungkinkan penganjuran ceramah besar.


Menurut Pengarah Mobilisasi KEADILAN, Yahya Sahri, rakyat akan dapat sekali lagi mendengar ceramah dari tokoh utama KEADILAN seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli, Nurul Izzah dan sebagainya mengupas isu semasa politik negara.


"Pentas Rapat Mega KEADILAN (RMK) bakal menjadi medan pertemuan pemimpin dan rakyat setelah lebih dua tahun aktiviti secara pertemuan fizikal terhalang kerana pendemik Covid 19.


"Datuk Seri Anwar Ibrahim serta pemimpin utama KEADILAN pastinya akan memberi penekanan terkait isu-isu rasuah dan isu keperitan rakyat dengan kenaikan harga barang serta kos sara hidup yang makin menekan," ujarnya.

Yahya Sahri

Selain itu, kata Yahya, Rapat Mega KEADILAN juga akan membawa kelainan dengan mengetengahkan rintihan rakyat marhaen di pentas ceramah untuk didengari para pemimpin yang akan menjadi calon Pilihan Raya Umum ke 15.


"Pentas Rakyat memberi ruang kepada wakil-wakil daripada komuniti yang terdiri daripada peniaga kecil, wanita, anak muda dan OKU yang akan menyatakan hasrat serta kehendak mereka," katanya.


Program malam ini yang bermula pada pukul 5.00 petang juga, kata Yahya, menyediakan tapak Jualan Ehsan bagi barangan keperluan harian untuk dibeli oleh pengunjung dengan harga yang rendah.


Bagi yang ingin menjamu selera pula pelbagai menu istimewa dari para peniaga Foodtruck sedia meladeni semua yang hadir.


Yahya menjemput semua penduduk berdekatan parlimen Gombak datang ke Rapat Mega KEADILAN 2022 di Taman Melawati , Hulu Klang, Gombak dari pukul 5 petang hingga 12 malam.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page