top of page

Ranting KEADILAN agih makanan kepada golongan kurang bernasib baik

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 7
  • 1 min read
Ranting KEADILAN Pangsapuri Pandan Mewah mengagihkan makanan pada malam Aidiladha
Ranting KEADILAN Pangsapuri Pandan Mewah mengagihkan makanan pada malam Aidiladha

Ranting KEADILAN Pangsapuri Pandan Mewah di ambang Hari Raya Aidiladha turun memberi makanan kepada golongan kurang bernasib baik di sekitar Kuala Lumpur.


Menurut Sekretariat Angkatan Muda Keadilan Pandan, program turun padang ke tengah tengah Kuala Lumpur itu bukan sekadar memberi makanan tetapi menyampaikan rasa peduli dan kasih sesama insan.


"Golongan anak-anak kecil, wanita dan warga emas, semua kami dekati dengan senyuman, makanan dan doa," kata sekretariat itu.

Golongan kurang bernasib baik sekitar Kuala Lumpur diberi agihan makanan
Golongan kurang bernasib baik sekitar Kuala Lumpur diberi agihan makanan

Program berkenaan dianjurkan oleh Ranting KEADILAN Pangsapuri Pandan Mewah di bawah inisiatif Puan Intan. Manakala AMK Pandan hadir sebagai tanda kemanusiaan dan kasih yang tidak berbelah bagi.


"Ucapan terima kasih khas buat anggota Cabang Pandan yang turut bersama menjayakan malam yang penuh makna ini.


"Dalam kesibukan dunia, jangan pernah kita lupa erti sebenar pengorbanan iaitu apabila kita sanggup memberi, dan mengasihi tanpa memilih," kata kenyataan itu lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page