top of page

Ranting baharu KEADILAN Bukit Antarabangsa anjur tuisyen percuma



Ranting baharu KEADILAN di Pangsapuri Seri Nilam, DUN Bukit Antarabangsa aktif menganjurkan siri tuisyen percuma kepada penduduk setempat sejak beberapa bulan lalu.


Menurut Naib Pengerusi KEADILAN Kuala Lumpur, Andre Lai yang mengikuti secara rapat perkembangan program itu, tuisyen berkenaan telah memberi impak positif ketika kanak-kanak sepanjang pandemik Covid 19 lalu dan terpaksa mengikuti pelajaran secara atas talian di rumah masing-masing.


Katanya, pengasas Ranting tersebut, Rosman Ali telah berjaya menggerakkan program tuisyen percuma yang mendapat sambutan daripada penduduk di beberapa blok pangsapuri.

Rosman Ali


"Ranting Pangsapuri Seri Nilam antara ranting di dalam DUN Bukit Antarabangsa yang paling aktif menjalankan aktiviti kemasyarakatan.


"Selain daripada sumbangan Covid 19 dan agihan makanan asas, Ranting ini berjaya mengendalikan program tuisyen percuma untuk penduduk setempat.


"Aktiviti ini yang dijenamakan sebagai Tuisyen KEADILAN merupakan inisiatif CSR oleh aplikasi teknologi Pendidikan SnappEd yang diasaskan oleh aktivis KEADILAN Saudara Illyas Jamil," katanya.


Menurut Andre lagi, dalam mesyuarat agung Ranting yang dijalankan baru-baru ini, Abu Hanifah bin Jaafar telah dilantik sebagai ketua ranting yang baharu dan Rosman dilantik sebagai Setiausaha Ranting. Justeru itu, kata beliau, secara rasminya Ranting berkenaan bergerak secara sah dengan adanya struktur jawatankuasa lengkap.


Mesyuarat tersebut selain dihadiri oleh Andre juga turut mengudang beberapa pemimpin setempat seperti saudara Illyas Jamil, S. Sunder, Ketua Ranting Kampung Ampang Campuran serta beberapa pimpinan lain.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page