top of page

Rangkaian 3G berakhir, semua akan ditingkatkan ke 4G

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Mar 28, 2023
  • 1 min read


Tiada lagi rangkaian gelombang 3G dalam perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia.


Hal itu ditegaskan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil dalam jawapan kepada soalan Ahli Parlimen Wan Saiful Wan Jan (PN - Tasik Gelugor) yang mahu penjelasan selain perkhidmatan rangkaian 5G kerajaan seharusnya mengekalkan perkhidmatan rangkaian 3G dan 4G di negara ini.


"Berkait isu 3G kita telah melaksanakan dasar '3G sunset', iaitu tidak sepatutnya dan tidak ada lagi 3G.


"Isunya ialah wujud kelompongan yang berlaku bila syarikat telekomunikasi tidak menyelaraskan penutupan bagi 3G di kawasan masing masing. Ada sesetengah mereka belum upgrade lagi kepada 4G


"Di sini saya telah mengarahkan SKMM bertemu dengan syarikat telekomunikasi untuk memastikan menjelang Jun isu network sharing ini akan dapat mengatasi masalah kelompongan dalam rangkaian insfrastruktur prasarana telekomunikasi," katanya dalam sesi pertanyaan menteri pada sebelah pagi di Dewan Rakyat.


Berkaitan soalan apakah masih akan wujud lagi tender terhad untuk isu tertentu pada masa hadapan berhubung pengoperasian Digital Nasional Berhad, Fahmi berkata tender terbuka adalah dasar baharu untuk perolehan DNB. Namun sekiranya terdapat keperluan mendesak maka tender terhad akan dipertimbangkan.

1 Comment


MOHD ZURIL AMNAN MOHAMAD
MOHD ZURIL AMNAN MOHAMAD
Mar 28, 2023

Dah setahun 3g berkubur..

In line with the National Digital Network Plan (JENDELA), the initialsunsetting for 3G in December 2021 has been extended to the end of March 2022. According to the MCMC Chairman, Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek, he said 79% of 2.1 million 3G users have already migrated to 4G as of December 2021.

25 Feb 2022


Like

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page