top of page

Rangka tindakan inisiatif pertumbuhan tinggi dilancar Febuari



Rangka tindakan untuk inisiatif pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (HGHV) bagi industri berasaskan teknologi dan digital dijangka akan dilancarkan pada Februari 2024.


Menteri Ekonomi Mohd Rafizi Ramli semasa penggulungan bagi perbahasan peringkat dasar Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 bagi Kementeriannya pada Isnin berkata rangka tindakan tersebut akan menyediakan hala tuju yang terperinci seperti rangka tindakan sektoral termasuk merancakkan perkembangan syarikat pemula dan menarik syarikat teknologi dunia ke Malaysia.


"Tumpuan seterusnya adalah bagi melengkapkan pelan hala tuju sektor HGHV yang lain dalam tempoh 12 bulan yang akan datang, Kementerian Ekonomi dan kementerian lain (yang terlibat) sedang menumpukan usaha untuk membangunkan rangka tindakan untuk sektor digital dan teknologi.


"Tujuan kita mengadakan rangka tindakan sektoral untuk setiap satu daripada sektor-sektor dibawah HGHV adalah untuk memperincikan lagi sasaran inisatif, projek rintis dan insentif yang akan diberikan oleh kerajaan supaya dapat mempercepatkan pertumbuhan," katanya di Dewan Rakyat.


Menurut Ahli Parlimen Pandan itu lagi, kementeriannya akan bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk membangunkan rangka tindakan sektoral yang sama untuk industri pertanian dan industri asas tani moden.


Manakala, rangka tindakan sektoral yang kelima untuk industri nadir bumi akan dibangunkan bersama-sama dengan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.


Sementara itu Rafizi turut berkata beliau optimis bahawa kelima-lima rangka tindakan sektoral HGHV tersebut dapat membantu merancakkan ekonomi negara, sekali gus mencapai sasaran Keluaran Dalam Negara Kasar antara 5.0-5.5 peratus yang ditetapkan di bawah Kajian Separuh Penggal RMK12 (KSP RMK12) 2021-2025.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page