top of page

Rangka strategi, naratif melawan fitnah pembangkang - Noraini

Updated: Mar 10



Ketua ketua penerangan peringkat negeri, cabang dan ranting diseru agar lebih agresif merangka strategi penerangan dan naratif mempertahankan Kerajaan Madani dalam melawan fitnah serta tohmahan pembangkang.


Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat, Noraini Nordin berkata, strategi penerangan yang sesuai seharusnya dipraktikkan agar pembangkang tidak lagi mampu memamaikan pemikiran rakyat khususnya orang Melayu di sub bandar dan luar bandar.


"Penerangan tentu mengetahui apa sebenarnya yang berlaku (di bawah). Kita perlu rangka naratif yang sesuai untuk menentang fitnah dan tipu daya.


"Adakah kita (jentera penerangan) mengharapkan Datuk Seri Anwar atau Fahmi (Ketua Penerangan KEADILAN) sahaja yang mempertahankan kerajaan? Kita perlu buat kerja penerangan. Peranan yang kita mainkan sangat penting dalam menentang fitnah.


"Datuk Seri Anwar meletakkan harapan tinggi kepada penerangan, harapan ini janganlah kita kecewakan," katanya dalam ucapan penggulungan perbahasan di Konvensyen Penerangan KEADILAN Pusat di Saujana Hotel, Subang, hari ini.


Noraini juga mengharapkan semua program yang dianjurkan di peringkat cabang atau ranting selepas ini perlu melibatkan Wanita KEADILAN bagi memberi peranan kepada mereka untuk mendekati masyarakat.


Katanya, wanita yang penuh kasih sayang sekiranya berjaya membawa masyarakat sekeliling bersama mereka akan memudahkan kerja penerangan sampai ke akar umbi.


Beliau juga mengumumkan bahawa wanita KEADILAN telah melancarkan sistem baharu untuk memperkemas urus tadbir pergerakan tersebut.


Katanya, sistem ASAK yang dilancarkan beberapa minggu lalu diharap mampu mendedahkan wanita ke era digitalisasi dan memudahkan aspek penyebaran maklumat.


"Usaha terbaru kami adalah melancarkan sistem ASAK, membina kemimpinan melalui digital.


"Pelancaran dihadiri lebih 400 wakil wanita di semua peringkat di seluruh negara.


"Ini adalah halaman website rasmi tertutup dan boleh dimanfaatkan untuk urustadbir wanita di pusat sehingga ke ranting. Kita sedang membina rangkaian ranting kami ke seluruh negara," katanya.


Selain itu, Noraini turut mencadangkan agar ketua ketua penerangan peringkat bawahan mempunyai pasukan media sosial mereka sendiri.


Katanya, tanpa pasukan penerangan di peringkat bawahan maka dasar kerajaan, isu isu menjawab fitnah pembangkang dan sebagainya tidak boleh disebarkan ke media sosial komuniti setempat secara berkesan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page