top of page

Rangka pelan tangani dakyah perkauman, agama sempit di negeri lingkaran Melayu



Negeri lingkaran Melayu (Malay belt) seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah terjejas teruk akibat kempen perkauman dan agama sempit yang dimainkan oleh PN.


Bagi mantan ADUN Bandar, Terengganu, Azan Ismail, satu pelan jangka panjang wajar dirangka oleh Kerajaan Persekutuan demi memulihkan minda orang Melayu di 4 negeri tersebut agar melihat realiti pemerintahan di negara ini secara rasional.


Katanya, Kabinet berbilang kaum amat penting untuk kesejahteraan negara berbanding dikuasai hanya satu kaum dan merosakkan keseimbangan politik antara kaum di Malaysia.


"Satu kerangka dasar perlu diwujudkan untuk meneutralkan elemen (politik) menggunakan agama. Bukan sahaja untuk kepentingan politik pilihanraya tetapi untuk kesejahteraan rakyat secara umum.


"Kita tidak boleh membiarkan penduduk di Terengganu, Kelantan atau Kedah hidup dengan cara dimomokkan dengan ekstremis agama, itu salah.


"Sebab agama Islam yang betul (pemahaman) menganjurkan kesederhanaan. Wasatiyah bukan ekstrem. Tidak memusuhi orang, melabel orang begitu teruk, tidak menimbulkan ketakutan dalam masyarakat Islam, mengancam dengan neraka, jadi kafir dan sebagainya. Benda ini menimbulkan kegemparan orang Islam," katanya kepada Suara Keadilan.


Dalam pada itu, Azan juga mahu Kerajaan Persekutuan melihat kecederungan anak muda penyokong PN yang mengamalkan minda tertutup, dengan mudah percaya kepada propaganda PN sedangkan sebahagiannya atau 100 peratus maklumat adalah fitnah.


Katanya, hal itu tidak baik untuk perkembangan generasi akan datang dalam berhadapan arus globalisasi dan perubahan teknologi yang lebih menekankan keunggulan fakta berbanding propaganda.


Beliau turut kesal kerana PN yang berkuasa sepanjang 2020 - 2022 telah menggunakan banyak dana untuk menguasai media sosial dan memamaikan anak muda dengan propaganda yang memesongkan minda mereka.


"Isu kekeliruan di kalangan orang muda terutama pengundi kali pertama sangat ketara.


"Kekeliruan ini berpunca daripada media sosial yang didominasi oleh parti politik Pas dan Bersatu. Mereka berada dalam kerajaan sebelum ini. Mereka telah mengguna sepenuhnya peluang menjadi kerajaan mendominasi media sosial


"Mereka berjaya. Saluran (media) digunakan untuk menguasai, mempengaruhi dan sebagainya. Pengundi baru telah terpengaruh dan berjaya dipengaruhi melalui saluran ini


"Pelan gabungan Pas dan Bersatu ini telah berjaya membawa imej mengambil alih kerajaan menggunakan isu agama, isu perkauman merujuk kepada Melayu yang dianiaya, ketinggalan.


"Itulah naratif yang dibawa untuk kepentingan Melayu Islam semata mata tetapi 'dibeli' sebahagian besar pengundi muda yang tidak banyak pendedahan (realiti kehidupan berbilang kaum)," katanya lagi.


Dalam PRU 15 lalu PN menyapu bersih kerusi parlimen di Kelantan, Terengganu, Perlis dan hanya meninggalkan satu kerusi di Sungai Petani, Kedah kepada PH.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page