top of page

Rangka kerja MADANI angkat nilai murni masyarakat



Rangka kerja MADANI yang dibawakan kerajaan bukan hanya memfokus kepada proses penyelesaian masalah tetapi juga nilai-nilai murni bagi membina moral yang baik dalam kalangan masyarakat.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan di 'Majlis Ilmu MADANI bersama Perdana Menteri' di Seri Perdana semalam berkata, rangka kerja MADANI adalah kaedah terbaik bagi menjana masyarakat yang lebih baik terutama dalam kalangan generasi muda.


"MADANI bukan sahaja berkisar mengenai kemampanan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan tetapi juga menggariskan tentang falsafah, nilai-nilai murni serta integriti dari segi membina akhlak yang baik," katanya.

Anwar memperkenalkan konsep Malaysa MADANI pada 19 Januari lalu, ia berteraskan enam tunjang utama iaitu kemampanan (keMampanan), kesejahteraan (kesejAhteraan), berdaya cipta (Daya cipta), hormat (hormAt), keyakinan (keyakiNan) dan ihsan (Ihsan).


Terdahulu, Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyertai 20 jemaah menunaikan solat Maghrib yang dipimpin oleh Imam Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin iaitu Muhammad Hazri Othman sebelum meluangkan masa kira-kira sejam dalam sesi perkongsian ilmu bersama Omar.


Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar dan Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abd Kadir.


Sementara itu Anwar menzahirkan penghargaan kepada pengasas merangkap Presiden Institut Penyelidikan Islam Yaqeen Dr Omar Suleiman kerana menyampaikan syarahan MADANI.


Perdana Menteri menyifatkan beliau sebagai seorang intelektual dan aktivis muda yang diperlukan dalam setiap masyarakat.


"Saya mengikuti setiap syarahan yang disampaikan oleh Omar dan saya rasa suara beliau mampu menyentuh serta mempengaruhi masyarakat," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page