top of page

Rancangan Selangor 1 tunjuk daya tahan Kerajaan Negeri depani pelbagai krisis

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Jul 30, 2022
1 min read


Rancangan Selangor Pertama (1) yang dibentangkan oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari pada 27 Julai lalu menunjukkan daya tahan Kerajaan Negeri dan pelan jangka panjang untuk Selangor terus membangun.


Ahli Dewan Negeri Dr Gunaraj George (PH - Sentosa) berkata, pelan ekonomi yang dibentangkan itu merupakan satu tindakan berani Kerajaan Negeri dalam mencorakkan pembangunan 5 tahun ke hadapan yang belum pernah dilakukan mana mana negeri lain.


"Hari ini saya mengambil bahagian membahaskan Rancangan Selangor Pertama dalam Mesyuarat Kedua Persidangan Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor yang Keempat Belas Tahun 2022.


"Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil satu langkah yang berani membentangkan Rancangan Selangor Pertama dalam keadaan kebanyakkan negara masih bergelut dan berada dalam tempoh pemulihan selepas Pandemik COVID 19.


"Langkah berani ini membuktikan Kerajaan Negeri merupakan sebuah Kerajaan berdaya tahan dalam mendepani pelbagai krisis serta dapat memacu pembangunan ekonomi negeri untuk jangka masa 5 tahun kehadapan," katanya dalam satu kenyataan.


Selain isu pembangunan ekonomi, Dr Gunaraj juga membangkitkan isu di DUN Sentosa seperti kolam tadahan yang tidak diselenggara dan beberapa isu mendesak lainnya.


"Saya juga membangkitkan isu tempatan yang terkait isu Kolam Tadahan Bandar Botanik yang tidak diselenggara, isu mendapatan lantai di pusat Komersial Bandar Bukit Tinggi, infrastruktur awam seperti Pasar Awam Taman Sentosa serta bayaran pampasan kepada pemilik rumah di Kampung Jawa yang terlibat dengan Lebuh Raya WCE," katanya.


Beliau mengakhiri perbahasan dengan memetik kata kata negarawan Indonesia, Abdurrahman Wahid atau Gus Dur yang pernah menjadi Presiden Indonesia yang keempat, iaitu “Keberhasilan pemimpin diukur dari kemampuan mereka dalam mensejahterakan umat yang mereka pimpin”


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page