top of page

Rancang strategi tangani perubahan iklim, wujudkan pelan induk mitigasi banjir - AMK



Kerajaan Malaysia perlu menerima realiti bahawa negara ini menghadapi dampak perubahan iklim atau climate change yang memungkinkan negara menghadapi bencana lebih ekstrim pada masa hadapan.


Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Akmal Nasir dan Pengerusi Biro Profesional AMK Malaysia, Jhen Pei Seah, bencana pada skala luar biasa tersebut sudah tentu tidak boleh ditanggapi oleh Kerajaan Persekutuan dengan cara biasa yang begitu lembab sebagaimana pada 18 - 20 Disember lalu, sehingga menjadikan situasi bertambah buruk dan membahayakan nyawa ribuan rakyat.


Kata mereka, kerajaan harus mengakui keperluan untuk mengutamakan sebarang bentuk usaha pencegahan dan mewujudkan pelan mitigasi bencana banjir secara besar besaran.


"AMK mencadangkan kerajaan mengadaptasi polisi perubahan iklim atau Climate Change Adaptation (CCA)


"Dasar CCA yang komprehensif menggunakan “Pathways Approach” perlu dimulakan untuk menilai dan mengukur semula keupayaan kita menangani kesan perubahan iklim.


"Ini bagi memastikan negara mempunyai daya tahan optimum dari segi tenaga kerja, sumber dan infrastruktur apabila dilanda bencana akibat perubahan iklim," kata mereka dalam kenyataan hari ini.


AMK juga mencadangkan penilaian semula infrastruktur sedia ada oleh pihak berkuasa yang berkaitan sebagai sebahagian daripada usaha bedah siasat dan laporannya didedahkan kepada umum.


Penilaian kapasiti menyeluruh sistem mitigasi banjir yang sedia ada juga, kata mereka, mesti dijalankan untuk menambah baik protokol pengurusan banjir yang kemudiannya akan meningkatkan lagi ketepatan ramalan banjir.


"Pelan Induk Mitigasi Banjir yang komprehensif dan bersepadu mesti diwujudkan bagi mengelakkan bencana banjir daripada berulang


"Data yang dikumpul juga mesti didesentralisasikan dan dikongsi bersama Kerajaan-kerajaan Negeri serta pihak berkuasa tempatan (PBT). Ini bagi memastikan konsistensi dalam proses pelaksanaan pelan induk tersebut di setiap peringkat.


"Kerajaan juga diseru melibatkan ahli-ahli profesional seperti Institusi Jurutera (IEM) dan universiti tempatan yang telah menerbitkan cadangan yang sangat membina berkaitan langkah pencegahan dan mitigasi banjir.


"Oleh itu, kerajaan mesti melibatkan kumpulan profesional teknikal ini dengan ikhlas untuk membina satu pelan induk yang benar-benar berkesan," ujar mereka lagi.


Selain itu, AMK juga menegaskan pemimpin yang gagal melaksanakan tugas semasa kejadian bencana tempoh hari mesti dipertanggungjawabkan.


Insiden berkenaan, kata mereka, harus diambil sebagai pengajaran kepada semua pemimpin bahawa mereka memikul tanggungjawab dan amanah yang besar terhadap rakyat Malaysia.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page