top of page

Rancang darurat: AMK Wilayah buat laporan polis terhadap Papagomo

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Aug 16, 2023
2 min read


Hasutan pempengaruh pro PN di media sosial kononnya Kerajaan Perpaduan akan tumbang berikutan prestasi Pilihan Raya Negeri yang baru lalu, dan akan merancang huru hara bagi melaksanakan darurat hari ini dilaporkan kepada pihak polis.


Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN Wilayah Persekutuan, Mohammad Azfar Aza Azhar, kandungan Tiktok Papagomo terbaharu yang meminta penyokong PN agar tidak terpengaruh dengan rusuhan yang sedang dirancang amat provokatif.


Katanya, naratif yang dibawa Papagomo kononnya Presiden Umno akan ditumbangkan kerana 'kekalahan' parti itu di banyak kerusi Melayu jelas satu fitnah yang sangat jahat.


"Kita membuat laporan polis terhadap Papagomo atau Wan Mohd Azri Wan Deris atas video live Tiktok yang saya tengok semalam di mana beliau menyatakan bahawa ada rancangan oleh Perdana Menteri (PM) untuk mengadakan darurat, juga rusuhan kaum. Pesan (beliau) kepada penyokong PN untuk tidak terperangkap dengan agenda PM.


"Tetapi kita maklumkan statement yang dikeluarkan oleh Papagomo ini adalah fitnah besar dan kita menolak keras fitnah ini.


"Ini boleh menimbulkan rusuhan kaum dan mengganggu gugat kestabilan ketenteraman awam," katanya kepada media di hadapan IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur petang tadi.

Mohammad Azfar Aza Azhar

Tegas Azfa, sekiranya pihak berkuasa membiarkan Papagomo terus menghasut dan menanam bibit kebencian terhadap PM serta kerajaan maka lama kelamaan ketenteraman awam tidak akan terjamin dan perkara terburuk akan terjadi.


"Kita tidak mahu satu dua orang macam ini (buat fitnah maka) berlaku rusuhan kaum.


"Kita buat laporan ini (juga untuk ingatkan) di luar sana ramai lagi yang mengadu domba. Sepatutnya mereka ambil maklum ucapan PM bahawa pada waktu pilihanraya itu suhunya panas, tetapi kita kembali semula sebagai satu negara (bangsa), tidak kira apa parti politik, kalah atau menang kita kembali bangunkan negara," katanya.


Dalam video terbaharu yang tular semalam Papagomo memfitnah bahawa PM berusaha ke arah mencetus huru hara bagi diisytiharkan darurat untuk mempertahankan kuasa.


Pencetus ketidakstabilan politik itu, dakwa beliau, akibat tumbangnya Zahid sebagai Presiden Umno dan ahli politik Malaysia Timur pula menarik sokongan daripada Kerajaan Perpaduan berikutan isu Ambalat.


Walaupun isu Ambalat adalah 'mengarut' kerana telah berulang kali dijawab oleh Kerajaan Persekutuan tiada wilayah Malaysia yang telah diserahkan kepada Indonesia.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page