top of page

Ramanan utamakan pendidikan di parlimen Sungai Buloh

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • 21 minutes ago
  • 1 min read
Penyerahan bantuan awal pengajian IPT dilaksanakan di parlimen Sungai Buloh baru baru ini
Penyerahan bantuan awal pengajian IPT dilaksanakan di parlimen Sungai Buloh baru baru ini

Melihat pendidikan sebagai pelaburan terbaik untuk masa depan, Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri R Ramanan terus memberi tumpuan kepada pembangunan pendidikan di Sungai Buloh dengan menyalurkan lebih RM500,000 bagi pelbagai program dan bantuan sepanjang 2023 hingga 2026.


Menerusi satu video yang dimuat naik di platform media sosial Ramanan, antara inisiatif yang telah dilaksanakan termasuk penganjuran bengkel motivasi, bantuan kepada pelajar IPTA dan IPTS dan penghargaan kepada pelajar cemerlang SPM.


Selain itu, Ramanan yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh turut melaksanakan Program Back To School bagi meringankan beban ibu bapa serta pembinaan padang baharu demi menyediakan kemudahan yang lebih baik untuk warga sekolah.


Usaha tersebut bukan sekadar memberi sokongan kewangan, sebaliknya menjadi dorongan kepada anak-anak Sungai Buloh untuk terus yakin mengejar cita-cita dan membina masa depan yang lebih baik.


Komitmen memperkasa pendidikan itu juga terus diperkukuh sehingga ke hari ini kerana kejayaan generasi muda menjadi asas kepada masa depan Sungai Buloh yang lebih maju.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page