Ramanan hulur sumbangan Prihatin Banjir RM100,000
- Suara Keadilan

- Apr 30
- 1 min read

150 keluarga di Kampung Kubu Gajah dan Kampung Sungai Pelong di Sungai Buloh yang terjejas bencana banjir baru-baru ini menerima bantuan barangan bernilai RM100,000.
Bantuan menerusi Inisiatif Prihatin Banjir Sungai Buloh itu hasil sumbangan Ahli Parlimen kawasan tersebut, Datuk Seri R Ramanan dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).
"Bantuan ini bukan hanya bersifat kebajikan semata-mata, tetapi lambang komitmen kami untuk terus bersama rakyat dalam apa jua keadaan.
"Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Datuk Shamir Aziz dan seluruh kepimpinan AIM atas kerjasama yang diberikan bersama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh," kata Ramanan dipetik.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) ditemui pemberita selepas menyerahkan bantuan dari rumah ke rumah pada Selasa.
Bantuan merupakan pelbagai peralatan rumah seperti dapur, periuk nasi, pengisar, kipas, kuali dan periuk untuk menggantikan barangan yang rosak akibat bencana banjir yang melanda kawasan tersebut minggu lalu.
Selain penduduk, sumbangan berupa peti sejuk beku, pam air, sistem pembesar suara, dapur, rak besi dan tikar getah turut diserahkan kepada Pusat Tahfiz Az Zahrah Lilbanat di Kampung Sungai Pelong bagi memastikan pelajar dapat meneruskan pengajian dalam persekitaran yang selesa dan selamat.
"Usaha pemulihan akan diteruskan secara telus dan menyeluruh.
"Susah senang, kita tetap bersama. Inilah semangat setiakawan prihatin yang ingin kami suburkan di Sungai Buloh," tambahnya.









Comments