top of page

Ramanan agih bubur lambuk sempena Ramadan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 18, 2024
  • 1 min read


Oleh: Azuan Ab Rahman


Ahli Parlimen Sungai Buloh, Datuk R. Ramanan menyantuni umat Islam di kawasannya dengan mengagihkan 5,000 paket bubur lambuk.


Melalui satu kenyataan, beliau yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, paket bubur lambuk itu diagihkan di bazar Ramadan, surau dan masjid sekitar kawasan yang diwakilinya secara percuma itu bagi menyemarakkan lagi suasana bulan Ramadan di Sungai Buloh.


Memilih bubur lambuk, beliau berkata juadah istimewa itu sudah menjadi kelaziman untuk dinikmati umat Islam semasa berbuka puasa.


"Saya mengedarkan sendiri bubur lambuk kepada warga Sungai Buloh untuk bertemu mereka atas semangat perpaduan dan kebersamaan.


"Cukup meriah bersama mereka dan sebanyak 500 (paket) bubur lambuk telah diagihkan di Bazar Ramadan Saujana Utama dan 250 (paket) lagi di masjid dan surau sekitar kawasan terbabit," kata wakil rakyat Parti KEADILAN itu melalui kenyataan tersebut.


Beliau berkata selain mengedarkan bubur lambuk, Pusat Khidmat Parlimen Sungai Buloh telah mengatur dan menyusun pelbagai program untuk masyarakat Islam di kawasan itu, antaranya program berbuka puasa bersama asnaf, program bersama anak-anak muda dan anak yatim serta program agihan zakat.


Ramanan juga berkata beliau akan meneruskan penyaluran sumbangan gaji beliau sebagai Ahli Parlimen kepada masjid-masjid di Kawasan Sungai Buloh.


"Ini komitmen saya sejak dilantik sebagai Ahli Parlimen dan akan diteruskan selagi menjadi Ahli Parlimen di sini," katanya.


Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page